Wednesday, August 18, 2010

Welcome Home, Mr. Rockeinstein!

Alhamdulillah he is safely landed on 7th Ramadhan / 17th August 2010 from Lebanon. Don't forget to watch Bersama-mu at TV3 tonight @ 9.30pm (betol ke?)

Friday, August 13, 2010

What Distance I’d Go for My Other Half

If I were asked about that question, then my answer would be..
Nowhere! I'll go nowhere without my other half with me x)

Okie, sangat gedik jawapan itu kan? kan?

Tapi itulah hakikatnya. Makcik sumpah tak sanggup nak berpisah lama-lama dari other halfku. Makcik walau dah bergelar Makcik masih lagi seorang yang sangat nak Pakcik kasi perhatian lebih-lebih ni, tambah lagi selepas jadi Mrs. Pakcik a.k.a Mrs. Bubu ni. Tipulah kalau ditanya setiap orang yang dok bercintan cintun tu katanya tak kisah dok jauh-jauh dengan orang kesayangan, Makcik sungguh tak percaya melainkan tiada pilihan. Nak buat macam manakan?

Pengalaman Makcik sendiri, jarak yang paling jauh Makcik pernah tinggal berjauhan dengan Pakcik cumalah 6 bulan. 6 bulan itupun kami masih belum bergelar suami isteri lagi. Masa tu Makcik baru pegang title tunang orang. Wah, sangat sensitif tau. Pakcik masa tu terpaksa balik ke UK semula nak completekan Masters dia dan 6 bulan yang sangat mengharubirukan diri Makcik. Masa tu Makcik terfikir, rupanya dalam hati Makcik ada keupayaan untuk berkasih sayang yang sangat hebat. LOL!

6 bulan Pakcik kat UK, Makcik sendiri susut 10kg berat badannya. (ulang suara 10 kg) Ish, kalaulah zaman sekarang ni macam tu jugak, Makcik paksa-paksa Pakcik tu poie dok UK lagi :P Lepas tu, pantang Makcik free sket je, fikiran ni mulalah melayang-layang teringatkan Pakcik yang sorang itu. Dalam hati, asyik dok fikir Pakcik dah makan ke, Pakcik sihat ke, pakcik ingat tak kat Makcik dan semua sekalilah. Pendek kata macam lirik lagu Faizal Tahir ni.

Saat mata terpejam hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala resah dijiwaku
Saat mata terbuka kamulah yang pertama
Tak mampu aku bayangkan hidup tanpa dirimu


Okey, Makcik dah cair sendiri. Serious weh, kalau diberi peluang orang tanya kat Makcik, Makcik tanak dok jauh-jauh dah. Azab. Rasa dalam hati ni pedih je. Merana gila! Masa tu barulah tahu dan sangat menghargai kewujudan Pakcik kat depan mata selama ini walau dah menjadi adat bila ada depan mata asyik bergaduh tapi Makcik tahu kehadiran Pakcik adalah melengkapkan setiap kekurangan yang ada pada Makcik.

I love this guy so much.


Ini adalah fakta-fakta yang jarang orang tahu mengenai Pakcik.

Dia suka tidur. Bila dia tidur jangan ganggu sebab dia akan merosakkan mood dia. Bila mood dia rosak, dia akan merosakkan mood saya juga. Hmm, not good ok.

Dia suka makan western food. Dia suka beef steak. Dia suka ayam. Dia suka mashed potato. Dia suka makan di TGIF, Chili's, VS dan Tony Roma's.

Dia tak suka mencuba makanan yang baru melainkan dia sudah yakin dan pasti makanan tersebut sedap baru dia akan order jugak.

Dia suka muzik, malah dia seorang musician. Saya suka bila dengar alunan piano yang Pakcik petik. sebut sahaja apa lagu, nyanyikan sahaja padanya dan Makcik pasti tersenyum sebab Pakcik sangat berbakat.

Dia sangat murah hati dengan orang yang dikasihi (Read: Me) sebab dia sayangkan saya (sebutkan dengan penuh yakin) dan saya tahu saya adalah the only person dia perlukan dalam hidup ini, tak kiralah saya ini bulat, empat segi, buruk atau tak cantik sekalipun sebab saya tahu cinta adalah untuk saling melengkapkan.

Kenapa Makcik menulis ini? Sebab Makcik secara sportingnya nak join contest Going The Distance di TGV on 26th August nanti. Makcik memang suka cerita romantik macam ni. Korang nak tahu sipnopsisnya, sila klik sini.

So, berharap agar Nuffnang email Makcik 2 keping tiket nanti. Makcik nak pergi tengok.

Thursday, August 12, 2010

Tiba - Faizal Tahir, Shahir & FBI

Bagi yang niat nak tengok BB membebel. Audi Mok sungguh cute dalam video ni x) Sorry sebab Makcik tak pandai nak adjust video ni dok tengah-tengah :P *lack of IT knowledge*


Fenomena Faizal Tahir

Tarikh: 8 Ogos 2010 | Tempat: Plaza Alam Sentral, Shah Alam | Masa: 8.00 - 12.00 malam

Kalau anda peminat Faizal Tahir, pasti korang dah tahu Big Boss (BB) kita diberi peluang untuk menjayakan satu program Aidilfitri yang akan ditayangkan pada 2 Syawal jam 6.00 petang di TV3. Bagi melengkapkan gelaran kipas susah mati, of course la makcik pegi eh, siap bawa pakcik lagi kali ni. Pakcikku ni pulak, kalau dengan BB ni dia suka macam-macam tu je, tapi dengan M.Nasir memang berantu la dia sokongnya.

Makcik malas nak tulis panjang-panjang, cuma beberapa perkara yang Makcik suka-suka-hati sebab Makcik bertemu dengan Semesta Sisters dan RCs yang sangat sporting lagi vasss. Yolah, bukan selalu Makcik dapat chance jumpa beramai-ramai lagu ni, tapi kali ni Makcik sopansss sebab Pakcik pun datang, so Makcik takleh la dok buruk laku terkinja-kinja head bagging layan lagu BB dan kesopanan Makcik terjamin sebab Makcik dan bebudak RC pakai baju kurung. Aiyo, sempena show Raya kau, amik feel. Tapi, kami je la yang baju kurung pun.

Artis undangan yang dijemput adalah Azlan and The Typewritter. Waduh, first Makcik dengar Adrenalin yang begitu tinggi kadarnya :-p Memang sangat layan. Tak sabar Makcik nak tengok dalam TV ni, jangan muka Makcik hover dalam TV sudah, sure Paduka Bonda nun di kampung halaman terchenta naik hot karang :P

Lepas tu, artis undangan yang juga menang Juara Lagu Adibah Noor keluar. Sungguh, Makcik suka suara dia, uhhh.. merdu. Pastu, bajunya yang lip lap lip lap shomell sangat. Vokal Adibah Noor ridak perlu dipertikaikan, malah sewaktu nyanyian Terlalu Istimewa, saya perasan lagu ini diturunkan sedikit. Mungkin sebab nak masuk dengan suara BB. Huh, lagu karaoke Makcik ini sangat mantap. Sayangnya Makcik malas nak upload video kat sini.

Artis undangan seterusnya mestilan Sifu M. Nasir. Okeh, masa ni Pakcik dah gumbira tahap dinosour dah. Lagu mula-mula tu, Sang Pecinta dia dok terhengguk-hengguk nyanyi lepas tu lagu duet dengan BB Kias Fansuri tu pun dia lagilah naik hantu. Makcik tahu cuma part Aumm, Auwmm je :)

kipas susah mati M.Nasir


Lepas tu, banyaklah lagu-lagu yang BB nyanyi. Semua lagu yang buat Makcik terbang ke langit biru. Dalam banyak-banyak lagu tu, lagu Superhero yang terbaik, siap ada mic terbang you! LOL.

Ini Pakcik capture masa yang dah jadi :)


Ini plak video yang mic terbang :)

Bila dah nama show raya, mestilah ada gambar pakai baju raya, kan?

BB dan artis undangannya :)

Jumpa lelaki ini pada 2 Syawal jam 6.00 petang di TV3

Monday, August 2, 2010

Arthur, Leaving On A Jet Plane

Oh, masih terasa lagi Adrenalin semalam. Charity concert yang sangat berbaloi, tambah berbaloi charity untuk seorang yang berbakat - Arthur Kam. Dari minggu lepas, saya sibuk dengan persiapan membuat kad giant dan usha line nak dapatkan hadiah untuk Arthur. So, inilah hasilnya. Rasanya tak perlulah banyak sangat tulis-tulis ni, saya upload aje gambar-gambar kat sini ye ;-)

Pandangan depan

Pandangan belakang

Arthur Kam

Arthur Tahir dan Faizal Kam - they are brothers!

Semesta sisters sempat menyanyi ini kat Arthur :

so wave me and smile to me
promise that u have to be
the greatest drummer ever
when you're home

cause you're leaving on a jet plane
four years then you'll be back again
oh Arthur, we're proud of u to go

so wave me and smile to me
promise that u have to be

the greatest drummer ever when you're home

we are proud of you to go!


Arthur, we gonna miss you! :(