Sunday, November 28, 2010

cerita si hanjing

sejak akhir-akhir ni, mokcik rasa fed-up btol nak update facebook mokcik. fed-up sebab mokcik terpaksa baca news feed sorang mokcik hanjing ni yang mokcik rasa keji sungguh. sebab tak nak kena saman, jadi mokcik tak boleh nak namakan nama si hanjing ni, karang kan susah plak mokcik nak menjawabnya. jadi mokcik namakan si mokcik ni si hanjing.

sumpah mokcik cakap, mokcik nyesal kenal si hanjing ni. kalau boleh undur masa, mokcik akan make sure tak kenal dia langsung walau macam mana dia perasan dia budget bagus sekalipun. mokcik ni dah tua, malas la nak cari gaduh, so mokcik banyak la diam bila si hanjing ni berkata-kata. tapi, makin lama, si hanjing makin seronok dok cucuk jarum sana sini. mokcik bukan nak riak la, tapi mokcik dah lama duduk dalam komuniti yang dok gelarkan diri sempena nickname artis yang sorang ni. komuniti ni sebelum ni boleh dikatakan aman sebab tak ada hanjing nak provoke, nak main tuding-tuding jari dan nak cucuk orang sana sini.

si hanjing ni tak tahu apa lah sangat tak puas hati dengan mokcik dan kawan-kawan rapat mokcik. mungkinkah dia cemburu sebab mokcik dan kawan-kawan sepakat dan bergumbira selalu tanpa ada gaduh-gaduh? atau si hanjing tak leh tengok orang dapat lebih dari dia? mokcik seriously tak tahu apa motif dia. mungkin si hanjing rasa 'tergugat' bila ada orang lebih dari dia? mungkin si hanjing ingat mokcik dan kawan-kawan ada privileaged ke? bwahahahhaa. menyampah mokcik nak jawab noks.

to hanjing atau konco-konconya, kalau baca ni, silalah bertabah. tak perlu pukul canang di FB dok cakap budget bagus, i personally happy for you dengan apa u dah dapat. making new friends, follow idola hati dan menyokong mereka dalam karier mereka, cuma i rasa tak perlu kot sibuk melagakan orang dari A, B, C, D etc etc. penatlah nak dengar. i tak perlu cari apa u cakap sebab semua tu akan ada orang sampaikan pada i. mungkin u tak pernah nak mess up dengan i secara peribadinya tapi bila u cari pasal dengan orang yang i dah anggap diaorang adik beradik, u buat salah besar.

eh, korang tanya sape hanjing? sape makan cili, ko pikir la sendiri :)

Friday, November 26, 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Datang Lagi!

Entry ini ditulis untuk semua yang bergelar Rockeinsteiner dan Peminat Kipas Susah Mati Faizal Tahir. Kalau tak suka, sila JANGAN baca ;)

picture by Abs. Thank you ;)

Mulai hari ini 26/11/2010 hingga 30/12/2010 selama 36 hari, Berita Harian akan mengedarkan Borang Pencalonan Pusingan Pertama. Setiap penyertaan hendaklah sampai ke tangan pihak penganjur selewat-lewatnya pada 06/01/11.

Untuk pusingan pertama ini, TIADA UNDI SMS diterima. Oleh itu, kepada semua, kita terpaksalah membeli Berita Harian setiap hari. Setiap naskah berharga RM1.50 (Semenanjung) dan RM2.00 (Sabah dan Sarawak).

Kalau ABPBH 2009 dahulu Faizal Tahir tidak membawa sebarang trofi, diharapkan tahun ini beliau berjaya membawa Anugerah Penyanyi Lelaki Popular. Semua ini tidak akan menjadi nyata tanpa undian kita semua.

picture from ABPBH official site. Thank you ;)
Pemanang Anugerah Bintang Popular 2009

.
.
.
.
.


Ayuh mengundi bermula Faizal Tahir HARI INI!
picture by Abs. Thank you ;)

GERAK GEMPUR BERMULA!

Wednesday, November 3, 2010

If I had a Repunzel's hair...

Makcik akan gunakan sepenuhnya rambut emas panjang mengurai Makcik ini. Bwahaahhahaah. Oh, ketawa evil kerana suka kalau dianugerahkan rambut panjang, rambut emas you!

Kalau Repunzel boleh turun dari tower dengan gunakan rambut emasnya, makcik akan gunakan rambut emas makcik untuk apply masuk dalam Malaysia Book Genuise of Record. Bwahahahhaha.

Selepas nama Makcik terpampang kat dalam buku rekod Malaysia ini, Makcik seterusnya akan mengappoach syarikat-syarikat Shampoo. Makcik surelah, setakat nak jadi duta produk Pantene tu takde masalah punya sebab rambut Makcik yang berkilau emas ni bukan mudah orang nak dapat. Bayangkan rambut emas makcik yang panjang mengurai tu pakai Pantene. Pergh! Sure sekali Makcik nak mandi kena pakai berbotol botol shampoo, barulah habis bau wangi dan harumnya!

Makcik memang suka tulis benda berangan macam ni sebab makcik tengah try nak menang 2 tiket nak tengok citer ni seharii awal dari tayangannya la..

Makcik join contest lagi di Nuffnang, kalau korang nak join jugak, sila klik sini.

Oh! Dan ini gambar saya dan rambut :P

Rock For The Cure

Sepatutnya dah lama makcik tulis ni tapi makcik asyik delay dan delay dan delay ajo.

Oleh itu, meh sini hari ni makcik tulis pasal Rock For The Cure, satu konsert yang dianjurkan oleh Hard Rock Hotel Penang dengan kerjasama Persatuan Kanser Malaysia sempena Bulan Kanser.

Makcik dan pasukan makcik bergerak satu malam awal. Perjalanan kami banyak sungguh liku dan ranjaunya dan kami menghirup udara subuh di Feringgi pada jam 7 pagi. Tiba sahaja disini seperti kami flashback kembali dengan banyaknya peristiwa yang kami tempuh bersama sewaktu kami ke Penang pertengahan Mei lalu. Kami ke sini juga dulu dengan satu niat dan azam juga, memberi sokongan yang tanpa berbelah bagi kepada rockstar yang seorang ini.

Kali ini, kami juga membawa cuppies. Cuppies untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. Makcik yang memang tak dapat tahan dengan cuppies ini awal-awal lagi sudah 'ngap' :P Selepas bersarapan kami, sementara menunggu masa nak check-in, pasukan kami bersantai di tepian pantai Feringgi.

Ini salah seorang ahli pasukan makcik. Namanya Ahhcomey. Sila abaikan dia kerana dia sedang memperagakan tudung kepala baru disini. Bwahahaha.

Ini pula salah seorang dari kami juga. Namanya Dee. Orangnya bersaiz kecil tetapi semangatnya sangat jitu. Dalam trip kali ni, dibarisan ketiga terdiri daripada Kecik, Kuwus dan Normal. Hehehehhe.

Feringgi menyambut kedatangan kami dengan aman dan damainya :)

Dee sedang mengusha kuda

Hanya jari kecik yang mampu menulis tulisan kecik 'Semesta Sisters' di tengah bulatan sepatu kami :)

Selepas bersantai dan bermain monopoly dibilik serta memberi peluang dan kebebasan kepada pemandu kami Kak Eja ZzZzZz selama beberapa jam, kami akhirnya turun ke sini untuk menyaksikan konsert dan selepas konsert kami bersiap dan balik ke KL. Korang layan la picture ni. Makcik malas noks!

Dead Mushrom rock the stage.


And, this one. Mr. Faizal Tahir punya turn.


Kalau nak tengok gambar yang lain-lain, sila ke sini --->
http://www.facebook.com/album.php?aid=4781&id=100001816656196&l=11224aaba3

p/s: kalau korang nak ambil gambar, dipersilakan tapi minta jasa baik dengan mengekalkan watermark dipenjuru gambar. Terima kasih.

Rock on!