Monday, July 2, 2012

Faizal Tahir Showcase at KL Live.

Remember my last entry Jom Dating Dengan Faizal Tahir.  Remember la kalau korang baca, kalau tak baca pun takpe. Catatan kat sini lebih kepada personal notes. Sesuatu untuk dikenang di masa akan datang.

Yeay, Faizal Tahir Showcase at KL Live. Meh kita kasi sedikit komen dulu. 

Standardlah KL Live. Konsert semua start pukul 8 malam. By 7pm kami dah dibenarkan masuk. So, masuklah dengan beratur panjang. Walaupun Kaput tumpang menyelit je, masuk la jugak. Dapat row paling depan kat rock zone. Dalam 7.30 ish macam tu, ajak Epul (kawan Ahh) pegi temankan solat kat building sebelah. Maklumlah kan. KL Live mana ada surau. Kaput dengan machonya pegi solat. Bukan main lagi solat cincainya sebab tanak Epul tunggu. Alih-alih Kaput yang tunggu Epul sebab diaorang solat jemaah kekdahnya.

Bila balik semula KL Live, I met Dee. Dee cakap nak amik tix dia dari Ahh. So, bila masuk dalam cakap kat Ahh, dia kata dah ada pada Mimi. So settle la kan. Berdiri bagai kat front row tu, lepas tu start la. Datang sorang ni, I assume dia Floor Manager kot. Dia cakap la nak panaskan enjin kami-kami audience ni. Lepas tu, dia cakap la opening act akan dibuat oleh Kumpulan Sofea.

Oh, fine. Cool la kan ada opening act. Kumpulan Sofea? Macam nama anak aku dengan ejaan yang berlainan =p So, budget-budget yang keluar nanti semua cun-cun bagai, aweks la kot. My bad sebab tak google btol-btol sape Kumpulan Sofea ni walau Abs ada tunjuk gambar aritu yang dia google.

I really tot, Kumpulan Sofea ni kumpulan nyanyian budak remaja yang baru nak up. Alih-alih keluarlah Sofeanya. Mak aihhh. Semua lelaki (heran mana dapat nama Sofea). Not only that, for me they look weird. Sorang mamat bass/electronic guitar yang keluar dengan muka celoreng bagai, muka takde feel je main even bass/electronic guitar dia gempak. Diaorang cakap ada nampak lambang Nazi. Penyanyi dia pakai baju ala-ala Captain Sparrow gitu.

Mula-mula diaorang nyanyi, layankan je la. Kata opening act. Paling kurang 3 lagu hangus dia nyanyi. So, paling lamat 30 minit kot kan sebab kat tiket tu tulis "Faizal Tahir Showcase" bukannya "Faizal Tahir Showcase Ft. Kumpulan Sofea" atau "Faizal Tahir & Sofea Showcase" or what so over.

Believe me or not, dia orang start menyanyi pukul 8.15 (kot) dan diaorang turun dari stage tu selepas pukul 9.15! Sejam kot opening act dia. Mak aihhhhhh! Kat tiket tulis 8.00pm  katanya sampai 11.00 pm. Kalau Kumpulan ni ajo dah amik sejam, Faizal Tahir nyanyi 2 jam. 

Pada pandangan Kaput la, pihak management/producer yang nak pilih sape nak buat opening act ni boleh tak study dulu audience yang datang showcase Faizal Tahir ni. Kumpulan Sofea yang gelemer sekitar tahun 80-an dengan taste rockeinsteiners dalam hall ni memang tak masuk la. Saya sendiri lahir tahun 80-an, saya layan lagu yang popular tahun 1990-an. Bila tengok kumpulan Sofea ni, sorrylah. Tersilap pilih. Mereka mungkin bagus, tapi tak kena dengan selera pada malam tu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSMAT5tW-yUZ6FhIKy2Qx3AcYafbfU0nH4AewQOYk5VNfhKfBVBiBiPmzW9dCyWO1jpZEVsdkiZ70WeQp9qdemxqtQ3os1qlCtn30WCVsV2P-qIpHLPdwbRWAbM_7HPUMrvegTXWLo870h/s1600/sofea1xw1.jpg

Sampaikan separuh dari audience mengeluh bila diaorang terus-terus nak nyanyi lagu diaorang jugak sedangkan audience dah start jerit "Faizal! Faizal" Kesian kat diaorang sebab crowd tak sporting dan kesian kat kami yang datang dan membayar tiket sebab nak Faizal Tahir hiburkan tapi sayang sebab orang lain dah turn off mood sejam "dipaksa dengar" lebih 8 buah lagu yang satu pun tak familiar pada telinga kami.

Faizal keluar selamatkan keadaan kami yang dah nak riot marahkan opening act selama sejam tu dengan lagu Adrenalin. Selepas diikuti dengan Superhero memang tolong cover balik la mood kami yang down. Frankly speaking, mutu vokal Faizal tak semantap selalu sebab dia demam dan tak sihat. Kaput datang ni, kalau Faizal tak nyanyi pun takpe janji ada Faizal atas stage =p

Bila Faizal nyanyikan lagu my all time fave. spt Bencinta, Sampai Syurga & Hanyut - rasa sedapnya suara Faizal =p Semua lagu-lagu tu buat Kaput teringat kat Lope nun kat rumah. Selain lagu-lagu tu, Kaput tengok apa yang Faizal dah satukan - ukhwah. Kenal sisters. :') Selepas tu, muncul la Anas Ridzuan nyanyikan lagu Ilusi yang diarrange semula oleh Faizal dan lagu baru Hanya Dirimu.

Malam ni, istimewanya sebab first time dengan Faizal nyanyi lagu Antigraviti live. Masya Allah. Sedapnya. Lepas tu, untuk kali kedua dengar lagu Semesta live. Masa dengar Semesta, dah tak excited tapi sayu. I saw Riff hugging a few others. Crying. Well, itulah yang Kaput rasa. Sedih sebab selepas 3 tahun follow/support Faizal dengan dekat, akhirnya terpaksa berhenti dari semua tu. Tuntutan hidup, tanggungjawab dan aging factor.

Follow Faizal Tahir bukan dia sorang je yang Kaput kenal. The sisters. Diaorang semuanya cantik. Diaorang lebih daripada kawan. Secret keeper. Macam tak percaya sebab Faizal kami jadi rapat macam ni. Masya Allah. Ukhwah tu. Kenal the sisters la buat Kaput sama naik gila kumpul borang ABP. Beli surat khabar. Sukarelawan isi form ABP. Sukarelawan buat kad-kad hadiah. Sukarelawan jadi photog. 

Banyak kenangan. Istana Budaya-KB-Penang-Riyaz-Genting semuanya experience yang tak boleh ditukar dengan duit. Bertuah sebab merasai pengalaman indah dengan seorang legend in the making. Tak semua merasa pengalaman yang kami rasa. Berbagai bentuk dan semuanya indah-indah. 

So, this is it.

Good bye Faizal Tahir.

Terima kasih sebab nyanyikan Semesta, tapi masih tak boleh lawan masa first time dengar di Penang. Terima kasih sebab kasi kami pengalaman yang macam-macam, you know it, Sir. Terima kasih sebab lagu-lagu Bencinta, Sampai Syurga, Coba tak pernah miss buat Lope cool masa dia meltdown :') Berhenti follow untuk kasi moral support kat event tapi bukan bererti tak support langsung. Produce la banyak-banyak album. Kaput akan beli, Kalau Faizal listed dalam ABP, Shout Awards atau apa-apa yang perlukan undian, you can always count on me.
Selamat maju jaya Faizal. Jaga kesihatan. Awak tak boleh sakit sebab ramai orang yang harapkan awak sihat, Teruskan berkarya dalam industri, we need more people like you.

p/s: kalau ada konsert, kaput datang tau =p