Monday, August 1, 2011

Bilalah Faizal Tahir Nak Menulis Lagi


This entry is taken from Rockeinsteiners Club, written by Faizal Tahir on Jan,30 2010.

Salam and greetings to my beloved friends..


First of all, I would like to extend my deepest condolences to the family of arwah Kak Aryna, one of the co-founders of RC, for the loss of a beloved family member. Let us all offer our prayers for arwah, in hopes that she be placed among the good.. Al-fatihah.

For those of you who do not know, arwah has been one of my strongest supporters ever since my days in the reality show One in A Million. She has played a very important role as a co-founder for this very website during the beginning of its existance. I do not know how the fan club could have happened, if it had not been for her relentless and undying support. I owe her a debt of gratitude for the support and contributions she has made to both myself and my career, as well as Rockenstein Central. May we never forget to include her and her family in our prayers.. amin.
*** Moving further along, I would like to thank all of you who have shown support for me and my career, especially lately where I have been struggling with certain health problems. I saw the ones who supported me on AJL night - thank you. Your voices were among the loudest that night - they gave me goosebumps! B)

I must say, I became more motivated and inspired after hearing the support I had from my fans.. It wasn't easy for me that night, as my health was limitating my physical and emotional abilities, but you guys were giving me the extra boost I needed - thank you, thank you.. May Allah bless each and every one of you. I am so proud of all of you! RC has grown bigger and stronger! let us all unite as one, under one roof, one purpose and one motivation to keep moving forward.. let us avoid any division between us.

We are ONE. We are RC. Let's stay together, focus and keep moving forward... becuase, thats what we do in a fanclub, right? Unite, despite strengths or weaknesses..
I am truly sorry for very rarely saying a few words here on the website, but please know that i do check in on you guys regularly. for more current updates, you can always add me on my fanpage @ Facebook.

By the way, I hope to see most of you during "Konsert Satu Suara" this coming 12th, 13th and 14th February!
Well, I gotta go now.. i hope to see you all soon.. thank you, take care, and Allah bless! Salam FT FAITH - (F) (A) (I) Z A L (T) A (H) I R

Tuesday, July 19, 2011

Apsal korang suka hentam Faizal Tahir?

Lama Kaput tak tulis pasal BB. Hari ini, selepas Kaput tengok video Baby kat youtube, terus Kaput rasa macam zaman-zaman Kaput sokong BB era OIAM dulu-dulu.Show BB masa di APM lepas masih jadi isu untuk orang nak hentam BB. Sedihnya ada yang mengaku peminat setia, die-hard fan FT pun sama mangkuknya naik mengutuk. Nampak sangat korang tak kenal sape BB.

Cuba bayangkan persembahan artis kesayangan Malaya, untuk contoh Dato' CT ke, Yuna ke yang spoil macam tu, ada orang hentam macam tu? Confirm orang akan cakap. oh itu sekadar masalah teknikal, kesian dia sebab penyanyi yang berbakat tak akan buat macam tu. Tapi disebabkan dia Faizal Tahir maka orang pun macam-macam la tulis. Hanyut ke laut la, ini ke penyanyi kebanggaan Malaysia, FT sucks la. Aiyo, mulut orang nak mencaci memang takleh nak ditutup!

Memang Kaput agak emo sebab Kaput suka BB. Kaput suka dia sebab talent yang ada pada dia. Cuba korang tengok video ni, korang nilai sendiri bakatnya.



Sumpah, Kaput cairrrr!

To Big Boss a.k.a FT
Tak goyang walau seinci pun sokongan Kaput pada boss walau macam-macam orang nak kata. Biarlah orang bercakap, mengutuk pasal BB sebab hasil daripadanya karang BB dapat promosi yang sangat-sangat awesome. Semua manusia buat silap, masalah teknikal lagi tak dapat nak dielak. Kaput kenal Faizal, percaya pada bakatnya dan bukan kontroversi. Sebab Kaput cakap Kaput ni die hard fan, maka bila orang kutuk boss Kaput akan naik angin :P

Terima kasih BB.

Thursday, June 30, 2011

Doa untuk mu :)

Selamat maju jaya, Faizal Tahir

Semoga dikurniakan segala kebahagiaan di dunia dan di akhirat

- Amin -

Wednesday, June 1, 2011

Wordless Wednesday

DC Superheroes Party with Faizal Tahir
May 31, 2011 | Pavillion, Kuala Lumpur

Monday, March 21, 2011

Tahniah Faizal Tahir


akhirnya BB dah selamat menjadi daddy kepada anak keempatnya :)
tahniah BB, happy dapat tahun berita ni diawal pagi 19th March tu
tak sabar nak tengok rupa orang baru ni :D

Friday, March 11, 2011

Superhero xo

Win A Trip To New York City, Home of DC Comics

Visit DC Superherous at Pavillion now.
Contest ends March 31, 2011.

Wednesday, March 9, 2011

Faizal Tahir bercakap mengenai hijrah


Setelah sekian lama, semalam pergi menapak ke Studio NTV7 di Glenmarie sebab nak tengok Faizal Tahir dalam rakama Apa Saja FBI. For me, ini rancangan baru tapi pernah tengok 2-3 kali tapi masih tak compute kenapa masa dalam studio KakPut dengar bunyi motor. Bila tanya kat kawan Ahh, dia cakap 'vespa' KakPut blur jugak. Wei! memang dalam show ni ada vespa la labu. Keh3x.

FBI

Cut the crap, tetamu undangan FBI semalam adalah double F. Farah AF tu yang dulu orang panggil Farah Brit Brit. Oh, sungguh kali pertama pandang tu tak cam dia adalah Farah sebab sangat-sangat kurus dan sangat-sangat manis bila dia bertudung. Another F yang dimaksudkan surelah si Faizal Tahir :D



Semalam bila Farah cakap dia berhijrah dari tidak bertudung kepada tidak, saya tumpang rasa bersyukur kepadanya yang diberikan nuur oleh Allah. Tak semua orang diberi hidayah begitu dan membimbing dia ke arah kebaikan. Farah sendiri yang banyak jadi host program islamik. Paling tak sangka, sebab saya bukan follow sangat Farah dengan dekat, saya rasa Farah sangat ayu dalam bertudung.

Seterusnya, turn Faizal Tahir. Kali ni bercakap mengenai hijrah dalam diri dari kumpulan nasyid kepada rock. Tertarik dengan pengakuan jujurnya. Ini adalah beberapa ayat yang keluar dari mulut dia..

'sekiranya saya keluar rumah, saya berpesan kepada isteri jangan biar dia (anak-anak) lihat saya di TV'

'saya seorang yang rapat dengan anak-anak, ada masanya saya bawa mereka pergi apabila saya ada show'

'saya juga nyanyikan lagu nasyid untuk mereka seperti Maher Zain dan Raihan adalah wajib'



Bencinta version piano

ok peeps, jangan lupa tengok siarannya pada
25 Mac 2011 (Jumaat) jam 8.30 malam di TV9.

nanti sama-sama tengok ;)

me and eeftee

Sunday, February 20, 2011

Sebab Faizal Tahir la ni...

semua ni sebab dia la!


*emo*

Baca entry si Doc. Riff sampai nangis-nangis. Nangis bukan sebab sedih tapi sebab sebak. Kadang-kadang, kita tak sangka, orang yang baru kita kenal itu adalah teman yang kita cari selama ni. Tadi singgah baca blog Doc. Riff. Masa tengah baca tu jadi sebak. Like seriously sebak. Mungkin kalau orang lain baca entry tu tak touching sangat kot melainkan sisters je.

365days of faith
klik kat link ni dan baca

Nak cakap terima kasih kat FT sebab temukan kami semua.
Riff, pagi-pagi ahad ni, awak dah buat kakput nangis :*


Monday, January 24, 2011

FT!!

Assalamu'alaikum semua..
Selamat Hari Adrenalin.. Have a great rockin' week ahead.. Keep that Adrenalin album playing wherever u are.. If u need the extra Adrenalin rush, gimme a call.. =p Keep the FAITH.. Love.. -FT
-

Wednesday, January 19, 2011

Thursday, January 13, 2011

Fikir Hasilkan Lagu Berkualiti

BAKAT nyanyian yang dimiliki Ahmad Faizal Mohammad Tahir atau komersial, Faizal Tahir, 32, memang sukar dinafikan. Berbanding perjuangan seni bersama kumpulan nasyid Mirwana di awal pembabitannya suatu ketika dulu, karier Faizal lebih menyerlah menerusi solo.

Pencapaian terbaik bermula apabila menang tempat kedua pertandingan realiti, One In A Million musim pertama pada 2006. Kekalahan pada Suki ketika itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyanyi.

Di pentas Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) tiga tahun lalu, dia mencatatkan pencapaian peribadi apabila lagu popularnya, Sampai Syurga menang kategori Balada manakala persembahannya merangkul anugerah Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Pada AJL24 pula, Faizal mempertaruhkan lagu Bencinta dan berjaya di tempat ketiga dan kecemerlangannya diteruskan di AJL25 memeprtaruhkan dua lagu, Selamat Malam dan Hanyut, kolaborasinya bersama komposer Audi Mok. Kali ini, Faizal menang Persembahan Terbaik melalui Hanyut. Gandingan Faizal dan Audi di AJL sebenarnya bermula di AJL22 apabila dua lagunya, Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta layak ke peringkat akhir tetapi ketika itu Faizal tidak dibenarkan menyampaikan lagu itu kerana digantung selama enam bulan atas kesalahan membuka baju ketika menjayakan satu konsert anjuran 8TV.

Kehadiran Faizal setiap tahun paling dinanti-nantikan kerana sering tampil dengan elemen kejutan. Malah berdasarkan persembahannya pada malam AJL25 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Ahad lalu, ramai yang menjangka dia mampu menang. Faizal menghiburkan penonton dengan persembahan bertenaga apatah lagi gimik jatuh dalam kolam air ketika menyampaikan lagu Hanyut. Namun, keputusan juri profesional bagaimanapun mengangkat lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali sebagai juara.

Ternyata tuah masih belum berpihak kepada mereka. Ikuti temubual wartawan Rap, ELRAFAEI SAPI (ahmadelrafaei@hemtro.com.my) bersama Faizal bercerita lanjut mengenai pengalaman di AJL25 termasuk perancangan album barunya pada tahun ini.

RAP: Bagaimana respons diterima selepas AJL25 berakhir? Apakah anda tertekan kerana tewas?

FAIZAL: Sehari selepas AJL25, saya sekadar merehatkan diri tanpa mengikuti sebarang berita di akhbar, facebook mahupun twitter. Memang pada malam itu, ramai yang bercakap soal keputusan juri. Saya sendiri terkejut dengan soalan yang diajukan wartawan kepada Ketua Juri, M Nasir dan Ana. Selepas sidang media itu, saya dengar ada yang berkata mengapa keputusan kali ini teruk.

Sejujurnya, saya tidak berpandangan sebegitu. Hakikatnya, saya hanya peserta dan bukan juri yang menentukan keputusan. Saya berpandangan muzik suatu yang subjektif seperti mana keputusan pemenang AJL25 dipilih juri. Saya percaya setiap juri mempunyai pandangan dan minat berbeza. Jika AJL25 mengambil barisan juri berlainan, sudah tentu keputusannya juga sebaliknya. Keputusan itu menandakan sudah tertulis, itu adalah rezeki mereka. Saya sendiri tidak beranggapan peserta lain yang bertanding tidak cukup bagus. Masing-masing memberikan persembahan mantap dan sebenarnya setiap penyanyi yang bertanding sudah meletakkan standard mereka pada AJL25. Soal tekanan, ia tiada langsung dalam diri saya. Sebaliknya, saya bersyukur apabila menang Persembahan Terbaik. Ketika persembahan, saya berasakan gimik Hafiz kena tembak lebih meyakinkan penonton.


RAP: Apa komen mengenai kemenangan Ana?

FAIZAL: Saya melihat ada ketika persembahan ringkas tanpa terlalu banyak gimik mampu menjadikan ia suatu yang menarik ditonton. Begitu juga, saya rasa berbaloi dengan kemenangan yang saya terima. Gimik saya jatuh dalam kolam air sebenarnya hanya dibuat pada masa pertandingan. Ketika latihan, memang saya berasa takut dan produksi berkata, jangan lakukan jika tidak yakin. Namun, saya memberanikan diri untuk lakukan aksi itu dan ia berhasil. Sungguhpun Ana menjadi juara, saya tidak berasa kecewa.

Sangkaan saya, kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) dan Yuna menang pada malam itu. Malah, saya rasa Yuna sepatutnya membawa pulang satu anugerah. Pada saya, kemenangan Ana bukan kejutan. Jika melihat kembali juara tahun sebelumnya seperti Estranged (2007) dan MUH (2008), masing-masing menang ketika pertama kali sertai AJL. Kali ini Ana diangkat sebagai juara. Saya percaya keputusan juri ini mahu memberi semangat dan mengiktiraf bakat muda. Ana mempunyai tarikan tersendiri yang tiada pada penyanyi lain. Walaupun ada yang samakan Ana dengan Yuna tetapi kedua-duanya berbeza. Ana lebih menampilkan ciri Melayu berbanding Yuna yang menyuntik elemen moden.


RAP: Tahun lalu, anda pernah berkata nama Faizal Tahir takkan menang mana-mana pertandingan nyanyian yang disertai. Boleh jelaskan?

FAIZAL: Tidak silap, kenyataan itu saya berikan merujuk kepada pertandingan berkonsep undian peminat seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Secara peribadi, saya bersyukur kerana mempunyai kelompok peminat setia yang sentiasa menyokong dan hadir pada persembahan saya di mana saja. Apa yang dilakukan mereka ini adalah suatu yang luar biasa. Peminat saya terdiri dari golongan yang lebih matang dan mungkin mereka ini jarang membabitkan diri untuk mengundi saya. Namun, dalam pertandingan sebegini, saya tidak boleh elak bertanding jika tercalon.

Sejujurnya, saya ada berbincang dengan label untuk mengambil keputusan berehat panjang. Keputusan ini diambil demi meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Dalam mana-mana pertandingan mahupun AJL25, sudah tentu masa lama diambil untuk membuat persiapan. Namun, saya gembira dengan sokongan yang diberikan anggota keluarga, rakan dan peminat. Buat masa ini, saya masih terfikir untuk berehat panjang tetapi belum berhasrat untuk tarik diri dalam mana-mana pertandingan.

RAP: Bagaimana anda melihat perjalanan AJL sehingga kini dan apakah format memfokuskan genre tertentu diperkenalkan kembali?

FAIZAL: Saya berpandangan AJL25 adalah produksi terbaik sepanjang pertandingan ini dianjurkan. Tidak dinafikan, setiap tahun orang mempertikai keputusan juri dan ini bukan perkara baru. Juri mempunyai kepakaran dalam membuat penilaian setiap lagu yang bertanding. Format terbuka sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukan pada penyanyi. Mungkin segelintir penyanyi berasa selesa kerana tiada pesaing dalam kelompoknya. Namun, apabila genre terbuka diadakan, persaingan menjadi lebih besar dan kompetitif. Aspek kekurangan pula, ada lagu lain yang sepatutnya diberi penghargaan dan anugerah tetapi bila wujud situasi seperti ini, mereka disisihkan.


Jika mahu diadakan kembali pertandingan mengikut kategori seperti sebelum ini, ia harus diteliti. Seperti genre Etnik Kreatif, saya berasakan ia sukar diterima pada generasi ketika ini. Jika mahu dipertandingkan, komposer harus mengubah suai lagu itu dengan menyuntik elemen 'fusion' yang lebih moden. Cadangan saya ini bukan mahu 'mematikan' akar umbi lagu Melayu tetapi komposer harus inovatif dalam mencipta lagu mengikut perkembangan muzik semasa.

RAP: Sebarang cadangan sebagai penambahbaikan AJL pada masa akan datang?

FAIZAL: Saya berasa sudah sampai masanya komposer baru dan lama duduk bersama dan berbincang mengenai pembangunan muzik tanah air. Pengkarya termasuk penyanyi harus memikirkan bagaimana kita dapat menghasilkan lagu berkualiti yang menaikkan prestij muzik tempatan dan bukannya hanya sibuk menyekat muzik luar negara masuk ke sini.

Bagi AJL pula, saya berpandangan kru produksi perlu mengadakan perbincangan dengan pemuzik, komposer dan penyanyi dalam menentukan hala tuju pertandingan ini. Di kesempatan ini, produksi boleh bertanyakan pada artis apakah yang mereka mahukan dalam AJL akan datang. Ini bermakna, produktiviti bekerjasama dengan pemuzik. Saya percaya AJL masih relevan untuk diteruskan pada masa akan datang.

RAP: Apakah perancangan seterusnya?

FAIZAL: Selepas AJl25, tahun ini saya merancang untuk menghasilkan album baru yang dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun ini. Album kali ini masih menampilkan genre rock tetapi saya juga mahu membawa elemen kejutan mungkin pada lagu yang dinyanyikan. Sudah tentu, setiap album yang dihasilkan dinaikkan standard yang lebih baik.

Buat masa ini, saya bersama Audi Mok dalam proses menghasilkan lagu baru. Saya berharap album kali ini lebih berani berbanding album sebelumnya.

RAP: Mungkin Faizal berasa sudah berada di zon selesa dalam karier?

FAIZAL: Merujuk pada album baru, saya harus berani ambil risiko. Seperti album Aku.Muzik.Kamu (2007), peminat lebih senang untuk terima lagu saya. Namun, menerusi album Adrenalin (2010) saya lari dari zon selesa dengan mencuba sesuatu yang baru dalam berkarya. Sama ada soal kerjaya mahupun populariti, saya sendiri berasa belum atau tidak akan sampai di zon selesa.

Setiap kali album baru muncul, saya harus bekerja keras melakukan promosi. Sebolehnya, saya mahu usaha yang dibuat tiga tangga ke depan. Pada saya, zon selesa membuatkan seseorang penyanyi itu relaks dan tidak perlu lagi bekerja keras. Saya berharap jangan ada perasaan sebegitu dalam diri.

Tuesday, January 11, 2011

Juri dan bandmates orang yang sama?

Lihat gambar ni, dan simpan dalam hati apa yang anda rasa.


Klik gambar untuk lebih jelas

p/s: bukan kerana saya kipas susah mati FT tau, tapi makcik sayangkan industri muzik kita yang baru nak melangkah setapak ke depan tapi dah dibantutkan.

Juri AJL25 Bertelagah? Azmeer Kurang Setuju Keputusan M.Nasir

Dipetik dari M.Star Online


KUALA LUMPUR: Ketika ketua juri Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) M.Nasir mempertahankan keputusannya memilih lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli sebagai pemenang pertandingan itu, salah seorang panel juri melihat keputusan berkenaan sebagai kurang tepat.

Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang.

“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Dalam AJL25 malam Ahad lalu, Ana Rafali yang turut mencipta dan menulis lirik laguTolong Ingatkan Aku diumumkan sebagai juara AJL25 yang melayakkannya menerima wang tunai RM35,000.

Lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir disebut-sebut sebagai juara AJL25 namun sekadar meraih anugerah persembahan terbaik.

Kemenangan itu menimbulkan perdebatan sehingga ramai penonton di stadium meninggalkan kerusi masing-masing sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Ketika diminta mengulas kenapa lagu berkenaan tidak boleh diangkat sebagai juara, Azmeer enggan memberi sebarang komen sehinggalah apabila dia mendengar pendapat M.Nasir dalam Imbasan AJL25 pada malam Selasa (malam ini).

Sorotan mengenai pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 11 malam.

Selain M.Nasir dan Azmeer, juri kali ini terdiri daripada Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy (Search) dan Andy (Flop Poppy).

Penyanyi Amy Search pula berkata, dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal dan bukannya melibatkan lagu yang dipertandingkan.

Lagu Cinta Sempurna nyanyian Yuna berjaya menyentuh jiwa penonton dengan persembahan memukau.

Bagaimanapun secara peribadi Amy turut terkejut dengan keputusan itu kerana dia lebih mengharapkan penyanyi Yuna yang membawa lagu Cinta Sempurna diangkat sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.

Bersifat jujur - M.Nasir

Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.

Persembahan lagu Pelita daripada kumpulan A.P.I turut berjaya menarik perhatian penonton.

“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.

“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.

Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.

“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.

“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.

“Semua kena tanya M.Nasir," katanya.

Monday, January 10, 2011

Boooo Juara Lagu 25!

Well, semua orang dah tahu apa keputusannya semalam. 80% review tak setuju. Malas nak cakap apa-apa sebab makcik sendiri pergi masa full dress rehearsal dan semalam pun makcik pegi. Makcik tak kira kalau peminat-peminat Juara Lagu 25 baca ni dan nak hentam makcik sekalipun, makcik nak cakap dari pendangan makcik seorang peminat seni.

Juara Lagu 25 - masa full dress rehearsal.

Banyak versi makcik dengar-dengar. Juri dibeli, juri tunjuk, juri yang dikatakan profesional dan bla bla bla bla. Makcik hormat keputusan juri adalah muktamad. Tak boleh dipersoalkan tapi tak seronok apabila MC mengumumkan juara lagu, hampir separuh stadium bangun dan blah. Tak best bila MC umumkan juara lagu takde tepukan gemuruh yang diterima.

Kesian, kan? Apabila kejayaan tidak diiktiraf hampir 20 ribu peminat dalam stadium dan makcik yakin ramai lagi yang berada di luar stadium dan kat rumah sekalipun. Kata juri profesional, dia layak menang sebab lirik dia bagus, lagu dia bagus, nyanyi dia bagus walhal lirik orang lain semua simple la bagai.

Ok, fineeee.

Tapi, kalau nyanyi lagu melayu tapi pelat, itu tak dikira ye?

Letak tepi makcik ni minat FT, tapi makcik nampak semalam masih ramai yang bagus-bagus. Kalau nak cakap pasal lirik yang bagus, kenapa Aku Ada Kamu si Adira kecik molek tak menang? Lirik bagus dow.

Kesimpulan:

Stage memang gempak, lighting dan crew juga sangat vassss. Tahniah produksi AJL 25. Tahniah Gbam. bukan senang punya kerja tu.

Masalah dari segi tiket, rasanya boleh ambil gate keeper yang multi-tasking sket bukannya kedu macam apa tah. Lepas tu kalau orang ada tiket, maksudnya ada tempat la kat dalam bukannya orang ada tiket tapi dibenarkan masuk sebab seat dah full. Macam mana full? Print tiket lebih tapi seat letak tak cukup, macam tu?


Skrip MC - tak perlu memperbodohkan MC cakap English broken, kena plak yang bercakap tu orang melayu. Sangat nampak stupid, mungkin penulis skrip patut cari idea lain yang buat orang tak boring dan pada masa yang sama jugak tak nampak bodoh.


Rata-rata persembahan memang best
. Showmanship finalist jugak best cuma sebagai orang yang tak involve dalam seni ni tak nampak dimana konsep music mapping tu diterapkan selain stage yang ala-ala Tron. Persembahan artis jugak suka pakai api, sangkar dan orang terbang-terbang je. Agak terkilan dengan Black sebab rasanya tak bagi all out. Double thumbs up to Adira, tuannya badan kecil tapi suara best.


Suka dengan stage yang ala-ala Tron dan lighting dia :)

Yuna sentiasa perfect.
Suka baju Yuna, suka make up Yuna, suka montaj Yuna dan keseluruhannya kalau Yuna menang pun tak dipertikaikan langsung.


Diaorang dibawah pimpinan Abang Ramli sangat vassss! Auwww...

Nyanyian artis jemputan semua mantap
especially Ziana Zain yang makin lama makin best! Kalau dulu ada juga ingat dia nyanyi bila sampai hi note tak sampai tapi sekarang tidak lagi. Tahniah!


Makcik terima keputusan juri sebab korang profesional tapi minta maaflah kesian kat pemenang sebab dia menang tapi tak mendapat pengiktirafan di hati penonton dan peminat muzik sendiri.


Selama ini, makcik terima AJL adalah satu anugerah yang sangat berprestij dimana lagu-lagu yang dipertandingkan memang mendapat tempat dihati penonton, yang mana bila artis tu dapat Anugerah Juara Lagu dia memang layak. Kalau macam nilah, artis tak perlu masuk Juara Lagu sebab artis tetap akan glamour dan menang. Tak perlu dinilai oleh orang-orang profesional.


Ini pula nota kaki sebagai peminat setia Faizal Tahir.
Anda diberi pilihan sama ada nak baca atau tak perenggan kat bawah ni.

Walau tak menang Juara Lagu semalam, Faizal Tahir tetap dan sentiasa akan menjadi juara di hati kami :) Selamat Malam dan Hanyut akan tetap berada di hati dan persembahan Hanyut semalam memang buat kami sendiri Hanyut sambil menyanyi bersama boss :P

Faizal Tahir - Hanyut :)

Tong air Faizal Tahir yang sebenarnya ;)