Monday, January 2, 2012

Recap 2011 bersama Faizal Tahir

Masya allah, lamanya aku tak tulis kat sini. Dah berhabuk dah weh.

Selamat tahun baru 2012. Rasanya masih belum terlambat nak wish. Memandangkan hari ni hari tak kerja dan masih dalam mood nak menulis, hari ni nak tulis catatan sket pasal tahun 2011. Nak buat recap selepas 3 hari di tahun baru ke :P Gasaklah. 2011 tak banyak sangat event yang ada chance boleh follow BB. Banyak komitmen utk family, kerja dan sewaktu dengannya. So, kat sini nak tulis serba ringkas yang aku ingat mengenai BB sepanjang 2011. 


9 Januari
Pembukaan 2011 dengan AJL 2010 di Stadium Tertutup Bukit Jalil. Semua orang tahu apa keputusannya. BB dengan lagu Hanyut menang Persembahan Terbaik. Aku pegi untuk full dress rehearsal dan the event itself sangat frust. Tapi takpe, at least BB dapat la jugak. Entri penuh emo ada kat sini.




26 Februari
Konvensyen Usahawan AMway kat Sunway. Aku tak pergi tapi Riff, Dee, Efie, Abs and Ahh pegi. Semangat dan gigih diaorang join party AMway sebab FT.




27 Februari
Sudden plan bila Riff tiba-tiba SMS ajak pegi Kuantan follow roadtrip ABP kat Kuantan Parade. Ended up, kami berempat (Riff, Abs, Dee & myself) pegi ke sana. Riff bawak kete laju macam apa tah.






9 Mac
Rakaman Apa Saja FBI. BB pakai serba kuning. Bercakap mengenai Hijrah. Pegi dengan Ahh dan Abs. Klik sini for more story and pictures.





KUNING!
KUNING!
KUNING!

19 Mac 
BB tambah bilangan ahli keluarga. Welcome to the world, Jannah!


3 April 
Lepas AJL, kami pulun all out kat ABPBH pulak. This year, aku tak pergi ABPBH dan sangat menyesal tapi alhamdulillah BB menang kategori Penyanyi Lelaki Popular. Berbaloi la menggila buat gerak gempur isi borang beramai-ramai tuh. Pantang nampak paper Berita Harian, habis nak pulun. Suka sebab the sisters cukup semuanya :)

9 April
Sebab frust tak pergi ABPBH, terima kasih kat si Abs & Ahh yang teman aku gi Melaka jumpa BB personally. Jumpa personally tu sebabnya kami kekwat sangat tersilap date. Well, jumpa dalam kaler yang sama - kaler hijau! 




11 Mei
Buat kerja gila. Kali ni ke Kuala Terengganu. Last year, kami ke Kota Bharu. Kalau last year dengan Kak Eja, kali ni kami (myself, Riff & Abs) masih mengekalkan orang yang sama dengan tambahan Ahh & Ain. Awesomenye trip kali ni. 




Kami follow lagi BB kali ni sempena Secretaries' Week di Ri-YazHeritage Marina Resort and Spa. Meaningfulnya dapat bermalam kat sini semalam. Meaningful bila ada orang tegur kereta Rif penuh dengan sampah dan meaningful nya bila ada someone concern dengan Ahh suh jangan makan junk food lagi.




15 Mei
Tiba-tiba kami muncul di Konsert Mingguan Akademi Fantasi Minggu ke-6 sebab BB jadi juri. My partner in crime si Abs & Ahh la bawak. Kali ni, aku angkut sekali Lina pegi. Yeay!





Spot aku di minit ke 4:52 - tengah dok sengeh-sengeh sambil tunduk sebab apa tah :P


24 Mei
Fuhhh! Special : Akustika Amal kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam - untuk kutip dana sempena kejadian tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa. For sure, aku tak pegi. Tengok kat TV kat rumah je. Gambar-gambar ni curik dari Abs lagi, photog rasmi the sisters :P




29 Mei
Pilihanraya Jagung terhebat kat OU. First time bawa Lope jumpa Uncle FT. Pegi event ditemani oleh Knotwise. Bibik dan Obiya jugak follow.






Lepas tu, BB terlibat dengan persembahan akhir Konsert Mentor 5 - Iqa. Kami pun sama juga datang ke stadium nak support BB, bukan nak support Iqa :P 




Sambut birthday Kak Eja sama-sama. Ehem, masa sambut tu ada special appearance disitu :P




31 Mei
Launching DC Super Heroes Party kat Pavillion, KL. Dapat free tee S. Kali ni bawak Encik Bubu & Ateef join sama. Frust sebab FT nyanyi satu lagu saje. Jumpa budak comel ni kat event tu, tapi tak sempat nak jumpa mummy dia.


"I Got My Good Look From My Dad" 


25 September




F&N Fun Fest kat Bukit Bintang - pun aku tak pegi. Tapi ada aje sisters yang datang. Abs, Dee, Efie & Riff. So, ini gambar yang diaorang tolong ambilkan.




BB cuba nak buat muka kiut miut sambil pegang badge "short people rock" yang Dee bagi. Oh, kena sangat la dengan penerima dan pemberinya :P *larikk* 


p/s: Perasan tak baju ni sama dengan yang keluar dalam Apa Saja FBI masa bulan Februari tuh? BB kekurangan baju kaler kuning sebenarnya. KUNING!


19 Ogos
Event berbuka puasa dengan anak-anak yatim. Terima kasih kepada Mrs. FT yang ajak kami sama-sama beramal. Tolong pun sikit sangat je. Bestnya event ni sebab aku angkut the whole family sama-sama. Jumpa juga dengan PB & MB. Juga, secara ekslusifnya Lope boleh jumpa dengan Uncle Faizal. Pasal ni, aku dah blog kat sini




Oktober
Birthday BB pada 6 Oktober. Kalau tahun lepas, kami boleh deliver sendiri hadiahnya sebab kami pegi Rock For The Cure, tapi tahun ni kami pass kat orang paling kanan BB. Tak seperti tahun lalu yang kami buat customized birthday card, tahun ni kami semua busy. Sebelum tu, nak tunjuk gambar ni dulu yang tersiar dalam Berita Harian, 29 November 2011. Korang tengok yer, benda yang kaler hijau.




Kenapa nak suh tengok benda kaler hijau, sebab tahun ni kami berniat nak kasi birthday boy makan kasut :P






Gila sama ok! 


Memang terpegun dengan tukang buat kek ni :P Satu je kecacatan dia sebab kasut ni terputus tali kasutnya. Hahahahha. Selain kek, ada lagi kami bagi. Kalau tahun 2010 kami guna tema hijau, tahun 2011 kami beralih kepada kuning.


Kad




Hadiah 1



Tak nak cakap hadiah apa :P
Cukuplah kalau kami cakap yang dia kaler kuning.


Hadiah 2




Beberapa hari kemudian, kami nampak Jenk tweet gambar ni.


Tee yang sama. Tee ni Kak Eja yang beli. Hard Rock LA. Ke mana saje kami pegi, kami ingat BB. ;) Ini Riff tulis pasal entry Birthday BB. Korang baca kat sinilah. Lagi details. Klik SINI.


November
Semi Final Muzik-Muzik ke 26 - Lagu Karma. Janji nak pegi dengan Jamal tapi  takde rezeki nak pergi sebab macam-macam halangan datang last minute. Gambar ni dicuri dari album Abs.




Oh yes, BB masuk final AJL 26!




Yeay! Ini ucapan dari orang yang tercalon. Ngeee.


29 Disember
Konsert Ambang Merdeka. Tak pegi pun, tapi malam sebelumnya, pakat-pakat pegi tengok full dress rehearsal. Thanks Jamal sebab tolong drivekan. Jumpa Dee, Riff & Efie kat sana. Abs pun ada. Kami tengok org rehearsal macam kami tengok konsert. Bestnya sebab tak ramai orang. Even BB tak datang pun tengok kami-kami ni, seronoklah boleh dengar Gemuruh version live macam tu. 


Itulah 2011 yang dah ditempuhi dengan sisters - satu perjalanan yang bermacam warna hanya kerana seorang BB. Pelik, tapi benar. Kami jadi lebih akrab, rapat dan kadang-kadang tempat kami mencurah seribu satu rasa. BB hanyalah sebagai penyebab sahaja untuk kami bertemu, berkawan dan bersaudara. 


Sebab 2011 yang kononnya saya rasa kurang menjejak BB, tapi bila disenaraikan balik homai kau, banyak la jugak tapi tak sebanyak 2010 yang tiap-tiap bulan jumpa BB :P dan awal tahun 2012 macam kasi hint a great year untuk aku sebab 1 Januari 2012 dah dapat hint ni.




Kat traffic light. Sebelah menyebelah. Dalam hati masa tu macam terlintas "macam kereta Faizal" alih-alih "memang kereta Faizal!" tapi, semput la nak kejar type R kan. So, nampak dari jauh je la dia kuar kat exit Subang. Pergh! Bawak laju. Sila pandu dengan berhati-hati.


2012, be nice to us. 


Pictures credit to Abs & Riff.

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Sedih pulak bace. Kakput, loudspeaker tade?ngeee

    ReplyDelete

keep FAiTH always alive!