Tuesday, October 19, 2010

Sila vote untuk Faizal Tahir :)

Mungkin korang tataw apa itu Shout Award kan? Sila baca ini yang saya cilops dari diaorang punya page.

The Malaysian entertainment scene has witnessed a great explosion over the past few years - creating opportunities to expand the already established and developing new platforms to fuel the thirst of the independent. Music has never been more innovative and brave. Radio stations have morphed into daring anchors championing new trends and new music styles. Films are exploring new depths in techniques, writing, and human emotion. Television is reaching new realms in drama and entertainment, influential in its ability to create instant celebrities, some going on to be real and credible superstars.

We live in exciting times where the world is just within our reach - our international potential pumped by the stark tunes of bands like Meet Uncle Hussein, Estranged, Pop Shuvit and Hujan; and our global recognition marked by movies such as Sepet and Mukhsin. Just 5 years ago, 8TV hit local TV screens for the first time with an unprecedented 8-hour coverage of a Rock The World concert, and continued on to provide a national audience for our musicians and artists, known and unknown, to explore their creative boundaries through shows like Homegrown and 8TV's Unzipped.

It is time to highlight the journey of our rising Malaysian talent. The Shout! Awards is created to celebrate this journey with the support of Malaysia’s voice. And we’re going to have fun doing it. The Shout! Awards is a 2.5 hour TV special dedicated to give recognition to those who have made great impact and creative breakthroughs in Malaysian music, film, TV and radio. A first-of-its-kind awards show for these four industries, it aims to reward the most-deserving artists, actors, radio and TV faces, giving voice to all Malaysians to define the new cool.

Yes, kita post kat sini sebab nak minta korang vote untuk orang ini :D



Tolong saya vote dia. Thank you.

Monday, October 11, 2010

Rindu HRC Penang....

... dan, kenangan yang kami cipta kat sana!

Lama tak tengok scene macam ni. Last sekali makcik tengok, masa sebelum puasa. Oh silap, sebelum raya ari tu kat Pavvy. (erks, tak la lama sangat) Bwahahahha. Sepanjang makcik memfollow icon ni sorang, makcik rasa launching Adrenalin di HRC Penang adalah yang terbaik. Makcik dapat rasa lagi, macam mana makcik dan geng-geng bersekutu makcik merasai adrenalin laju tu. Penuh berteka teki macam mana nak dapatkan pass ekslusif nak tengok icon ini sorang.

Bukan senang kami nak dapatkan pass ni. Kami sama-sama setkan masa, SMS, reminder kat FB untuk call Hot.FM masa nak join contest dan sama-sama buat video hantar kat fanpage sebab nak dapatkan hadiah. Kami gamble pegi sana dengan takde tiketnya, bergerak 2 buah kereta dan yang kami seronoknya sebab perjalanan itu menemukan kami semua! Bila sampai kat sana Tulang Monyet dengan baik hatinya pass kat kami 'Royale FT Champ' itu. 12 pass kami dapat dan selepas itu barulah kami bersorak dan bergumbira!

Kat sana jugak kami celebrate birthday Kak Eja, Abs dan Dee. Diaorang mati-mati tak sangka yang cuppies tu ada 2 kotak dan 1 daripadanya untuk diaorang. Diaorang terkejut bila makcik ni jenuh dok mengajak si Kak Eja dan Abs turun lebih awal dan si doc. riff, efie and dee dah bersiap dengan tee S nya yang amik masa yang panjang dan macam-macam makcik kena cover story cakap kena tunggu tepi pool tu.

Mei Babies - Kak Eja, Abs and Dee :)

Malam itu, the showcase itself. Tak perlulah makcik tulis kat sini kot sebab tak terucap dengan apa yang makcik dah lalui. Sangat seronok dengan eeftee keluar dalam gelapnya. Oh, malasnya makcik nak tulis tapi semua tu makcik simpan ketat-ketat dalam hati ni.

Muncul dari atas you...auwww!

Royale FT Force :)

yer, makcik juga di sana :P

cuppies utk eeftee dan team :D

*
*
*

rindu nak tengok orang ini menyanyi live lagi...


*
*
*

dan, rindu Semesta Sisters saya!


*
*
*

Friday, October 8, 2010

You Again?

Zaman-zaman dulu, makcik ada kawan dengan sorang ni yang makcik panggil dia R. Dia ni makcik kenal masa makcik umur 11 tahun lagi, dan makcik rasa dia ni macam BFF makcik la. Semua benda sejak dari kecik makcik share dengan dia tak kira la benda tu indah ke, mengarut ke, melalut ke. Semua sekalilah. Namanya pun best friendkan? Makcik rasa, makcik seronok berkawan dengan dia masa tu. Rasa macam semuanya sama, share itu ini pun sama.


Bila pegi ke sekolah menengah, makcik masih sama dengan dia. Adalah masa tu makcik cintan cintun, pun dialah orang yang makcik curahkan segala bagai rasa happy, sedih dan emo lebih-lebih tu. Dia pun sama. Banyak keje gila-gila dia ajak makcik buat dan makcik buat sebab kami memang having fun. Bila dah semua meningkat usia, masing-masing dah ada otak nak fikir baik dan buruk. Lepas PMR dan seterusnya SPM masih kami sama-sama berkawan.

Sampailah tragedi yang makcik sangat-sangat tak sangka. Masa makcik belajar tu, adalah satu masa makcik ada krisis dengan sedara makcik. Makcik sangkakan makcik bolehlah tinggal kat rumah dia sebarang satu malam atau dua, bila makcik pegi sana, makcik ceritalah kat dia kenapa makcik kemari. Adalah krisis sebab masa tu makcik menumpang rumah sedarakan, dan sedara tu plak kedekut semacam je. Semua makcik buat salah, semua makcik buat tak kena. So makcik pun confront dengan dia dan makcik blah la.

Makcik masa tu tak berani bagitau keluarga makcik dah bergaduh dengan sedara makcik tu sebab sah-sah makcik kena marah balik dan dipaksa minta maaf dengan diaorang. So, apa yang makcik buat adalah, makcik pun menumpang la kat rumah si R. Makcik cerita semua dari kejadian tu dari A sampai Z. Apa yang makcik tak sangkakan, si R yang masa tu makcik dah kenal 10 tahun tu, boleh plak reka-reka cerita.

Kawan makcik si R

Dia call mak makcik kat kampung dan cakap yang makcik gaduh itu ini. Makcik rasa, tak sampai tahap gaduh dengan sedara makcik tu, makcik cuma menjawab mulut! Tapi cerita yang dia cakap, memang over sangat. Mak makcik call tapi dia tak marah, sebab dia tahu macam mana sedara makcik tu dan dia nasihatkan makcik keluar pegi rumah kakak makcik. Mak makcik jugak pesan, tak payahlah berkawan dengan si R tu.

Makcik sangat marah, sangat sedih, sangat kecik ati dengan R tu sebab :

semua yang makcik cerita kat dia selama ni, rupanya dia mengumpat dibelakang makcik. makcik aje yang bodoh dan dungu tak pandai nak pilih kawan.

mak makcik kata, dia tak sangka si R bercerita itu ini, sebab dia kenal si R sejak dari kecil lagi dan si R bercakap "sue ni dok sini menyusahkan aje, nak suh keluar dia macam-macam tak faham" dah nama ko ni BFF aku masa tu, boleh tak ko cakap je sepatah. ini haghamm tak cakap!

banyak duit makcik yang dia pinjam dan dia tak pernah bayar. makcik faham dia dari broken family, tak cukup duit nak hidup tapi makcik rasa dia macam shial bila dia minta mak makcik bayar dia sebab kasi tumpangkan makcik di rumah dia. WTF! Selama dia berkawan dengan makcik, makcik tak berkira langsung dengan dia. Dia takde duit nak makan, makcik belikan aje makanan untuk dia dan ini yang dia balas kat makcik?

Apapun, itu cerita zaman makcik masih muda remaja dan kuat joli menjoli. Makcik sendiri, selepas kejadian tu, dah tak ada dalam kamus makcik kawan nama R tu. Tak apalah makcik kurang kawan sorang. Kepercayaan yang makcik dah bagi pada dia dulu dah dia lenyapkan. Kepercayaan tidak boleh dibeli atau dipaksa. Kepercayaan datang dari hati. Kalau makcik perangai teruk, makcik yakin makcik tak akan ada ramai kawan. Makcik tahu makcik tak salah, dan membuang dia dari kamus diri makcik adalah yang terbaik.

Sampai ke hari ini, makcik tak maafkan dia walau dia ada SMS/email makcik mengadu itu dan ini. Ada aku kisah dengan ko? Bila kawan-kawan makcik cerita cakap, mak bapak dia meninggal pun, makcik takde feeling sedih-sedih. Makcik cuma sedekahkan alfatihah saja. I'm done with her. There is no turning back. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, makcik dah remove friend sampai bila-bila walaupun sampai sekarang dia punya frien request masih ada di FB makcik.

Korang nak tahu kenapa makcik sanggup share cerita yang sangat ugly ini? Sebab makcik nak menang Exclusive Screening movie ni..

.
.
.
.
.


poster

.
.
.
.
.

Kalau korang nak menang jugak, silalah join kat sini. Makcik rasa lega bila dapat tulis pasal si R ni kat sini walau masa menulis ni pun makcik gegar-gegar rasa nak marah. Terapi penulisan ok? ;)

Monday, October 4, 2010

Isnin tak best..

Makcik ada 4 sebab kenapa hari Isnin 4 Oktober 2010 jadi tak best...

(1) Encik Bubu tak sihat since hari Rabu lepas dan berlarutan ke weekend. Bimbang pun ada bila my other half sakit ni, sendiri pun rasa sakitnya. Dah 2 kali pegi klinik dan 2 kali juga doktor kata semuanya OK. Maybe kena bawa Encik Bubu pegi check kat spital plak, check btol-btol. Kesian sangat tengok dia lemau macam tu.


(2) Anak dara makcik yang sorang tu memang suka mencabar kesabaran makcik bila tengah-tengah malam. Setiap malam, dia akan terjaga di sepertiga malam macam suh jadi reminder kat makcik buat solat tahajud. Bezanya, dia menangis tak ingin dunia. Meraung. Melalak. Bila kasi susu, tanak. Check diapers, kering. Sah saja-saja dia nak crancky dengan makcik. Lama-lama naik geram jugak. Bila dia dah penat nangis, baru dia tido dan dia akan bangun lagi selepas 30 minit. Kenkorang yang masih belum jadi ibu tu, silalah hargai tidur malam yang sempurna. Bila ada anak kecik, takde istilah tak bangun malam dah.


(3) Makcik sedih sebab takleh join open house kat rumah Ayu/Syarul smalam. Bukan makcik nak pegi sangat tu sebab nak serbu makan minum dia, tapi makcik nak pegi sangat sebab makcik dah ghindu sesangat kat anak-anak makcik yang lain. Makcik tak pegi sebab Makcik tak sanggup nak tinggalkan Encik Bubu sensorang kat rumah. Tempat isteri disisi suami, tambah plak suami tu tengah sakit-sakit. Kan? Sorry Ayu/Syarul.


(4) Makcik terima gambar ini di awal pagi di berry makcik. Makcik harap semuanya OK.

Friday, October 1, 2010

DiGi iPhone 4 Life

Ok, this is my final entry about iPhone. For the past few days, i've been crazeeee studying about this smartphone, and for this finale entry, i think i really need it badly!

Tadi makcik dah cakap dengan kawan makcik yang dah dapat iPhone 4 di tangannya, aduh, makcik sungguh-sungguh jealous bila dia dok berbuih mulut cakap dia seronok tengah dok exploring iPhone 4 ini. *jealous*
iPhone 4 Life --> agree!

Tahu kenapa cakap macam tu? Sebab dalam badan iPhone 4 yang slim ni, rasanya sungguh sempurna untuk dibawa ke mana-mana. Ringan dan sangat powerfull. Apabila dunia sudah dihujung jari, sebut sahaja apa yang makcik tak tahu, makcik boleh goooooogle sesuka hati makcik. Macam-macam apps makcik ada, makcik nak melarakan anak-anak makcik ada, encik bubu nak tumpang main game boleh, makcik nak tiru jamie oliver masak pun ok, makcik nak blogging boley, nak main scrabble, nak facebookeeping, nak bercakap dengan mak yang di kampung pun ok, nak SMS/MMS kacang saje!

Lebih bermakna, DiGi menawarkan pakej yang mampu sangat makcik pilih! Makcik ni dah berangan angan dah semalam, mimpi makcik jadi princess gitu dan menang iPhone 4! Mak aihhhh, makcik dah gila bayang dengan tepon canggih ini, kalau makcik dapatlah.. sumpah, makcik tak tukar dengan yang lain :P

Makcik dalam mimpi semalam. Suci sungguh muka berangan nak iPhone 4!