Monday, October 11, 2010

Rindu HRC Penang....

... dan, kenangan yang kami cipta kat sana!

Lama tak tengok scene macam ni. Last sekali makcik tengok, masa sebelum puasa. Oh silap, sebelum raya ari tu kat Pavvy. (erks, tak la lama sangat) Bwahahahha. Sepanjang makcik memfollow icon ni sorang, makcik rasa launching Adrenalin di HRC Penang adalah yang terbaik. Makcik dapat rasa lagi, macam mana makcik dan geng-geng bersekutu makcik merasai adrenalin laju tu. Penuh berteka teki macam mana nak dapatkan pass ekslusif nak tengok icon ini sorang.

Bukan senang kami nak dapatkan pass ni. Kami sama-sama setkan masa, SMS, reminder kat FB untuk call Hot.FM masa nak join contest dan sama-sama buat video hantar kat fanpage sebab nak dapatkan hadiah. Kami gamble pegi sana dengan takde tiketnya, bergerak 2 buah kereta dan yang kami seronoknya sebab perjalanan itu menemukan kami semua! Bila sampai kat sana Tulang Monyet dengan baik hatinya pass kat kami 'Royale FT Champ' itu. 12 pass kami dapat dan selepas itu barulah kami bersorak dan bergumbira!

Kat sana jugak kami celebrate birthday Kak Eja, Abs dan Dee. Diaorang mati-mati tak sangka yang cuppies tu ada 2 kotak dan 1 daripadanya untuk diaorang. Diaorang terkejut bila makcik ni jenuh dok mengajak si Kak Eja dan Abs turun lebih awal dan si doc. riff, efie and dee dah bersiap dengan tee S nya yang amik masa yang panjang dan macam-macam makcik kena cover story cakap kena tunggu tepi pool tu.

Mei Babies - Kak Eja, Abs and Dee :)

Malam itu, the showcase itself. Tak perlulah makcik tulis kat sini kot sebab tak terucap dengan apa yang makcik dah lalui. Sangat seronok dengan eeftee keluar dalam gelapnya. Oh, malasnya makcik nak tulis tapi semua tu makcik simpan ketat-ketat dalam hati ni.

Muncul dari atas you...auwww!

Royale FT Force :)

yer, makcik juga di sana :P

cuppies utk eeftee dan team :D

*
*
*

rindu nak tengok orang ini menyanyi live lagi...


*
*
*

dan, rindu Semesta Sisters saya!


*
*
*

No comments:

Post a Comment

keep FAiTH always alive!