Wednesday, November 3, 2010

Rock For The Cure

Sepatutnya dah lama makcik tulis ni tapi makcik asyik delay dan delay dan delay ajo.

Oleh itu, meh sini hari ni makcik tulis pasal Rock For The Cure, satu konsert yang dianjurkan oleh Hard Rock Hotel Penang dengan kerjasama Persatuan Kanser Malaysia sempena Bulan Kanser.

Makcik dan pasukan makcik bergerak satu malam awal. Perjalanan kami banyak sungguh liku dan ranjaunya dan kami menghirup udara subuh di Feringgi pada jam 7 pagi. Tiba sahaja disini seperti kami flashback kembali dengan banyaknya peristiwa yang kami tempuh bersama sewaktu kami ke Penang pertengahan Mei lalu. Kami ke sini juga dulu dengan satu niat dan azam juga, memberi sokongan yang tanpa berbelah bagi kepada rockstar yang seorang ini.

Kali ini, kami juga membawa cuppies. Cuppies untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. Makcik yang memang tak dapat tahan dengan cuppies ini awal-awal lagi sudah 'ngap' :P Selepas bersarapan kami, sementara menunggu masa nak check-in, pasukan kami bersantai di tepian pantai Feringgi.

Ini salah seorang ahli pasukan makcik. Namanya Ahhcomey. Sila abaikan dia kerana dia sedang memperagakan tudung kepala baru disini. Bwahahaha.

Ini pula salah seorang dari kami juga. Namanya Dee. Orangnya bersaiz kecil tetapi semangatnya sangat jitu. Dalam trip kali ni, dibarisan ketiga terdiri daripada Kecik, Kuwus dan Normal. Hehehehhe.

Feringgi menyambut kedatangan kami dengan aman dan damainya :)

Dee sedang mengusha kuda

Hanya jari kecik yang mampu menulis tulisan kecik 'Semesta Sisters' di tengah bulatan sepatu kami :)

Selepas bersantai dan bermain monopoly dibilik serta memberi peluang dan kebebasan kepada pemandu kami Kak Eja ZzZzZz selama beberapa jam, kami akhirnya turun ke sini untuk menyaksikan konsert dan selepas konsert kami bersiap dan balik ke KL. Korang layan la picture ni. Makcik malas noks!

Dead Mushrom rock the stage.


And, this one. Mr. Faizal Tahir punya turn.


Kalau nak tengok gambar yang lain-lain, sila ke sini --->
http://www.facebook.com/album.php?aid=4781&id=100001816656196&l=11224aaba3

p/s: kalau korang nak ambil gambar, dipersilakan tapi minta jasa baik dengan mengekalkan watermark dipenjuru gambar. Terima kasih.

Rock on!

No comments:

Post a Comment

keep FAiTH always alive!