Thursday, August 12, 2010

Fenomena Faizal Tahir

Tarikh: 8 Ogos 2010 | Tempat: Plaza Alam Sentral, Shah Alam | Masa: 8.00 - 12.00 malam

Kalau anda peminat Faizal Tahir, pasti korang dah tahu Big Boss (BB) kita diberi peluang untuk menjayakan satu program Aidilfitri yang akan ditayangkan pada 2 Syawal jam 6.00 petang di TV3. Bagi melengkapkan gelaran kipas susah mati, of course la makcik pegi eh, siap bawa pakcik lagi kali ni. Pakcikku ni pulak, kalau dengan BB ni dia suka macam-macam tu je, tapi dengan M.Nasir memang berantu la dia sokongnya.

Makcik malas nak tulis panjang-panjang, cuma beberapa perkara yang Makcik suka-suka-hati sebab Makcik bertemu dengan Semesta Sisters dan RCs yang sangat sporting lagi vasss. Yolah, bukan selalu Makcik dapat chance jumpa beramai-ramai lagu ni, tapi kali ni Makcik sopansss sebab Pakcik pun datang, so Makcik takleh la dok buruk laku terkinja-kinja head bagging layan lagu BB dan kesopanan Makcik terjamin sebab Makcik dan bebudak RC pakai baju kurung. Aiyo, sempena show Raya kau, amik feel. Tapi, kami je la yang baju kurung pun.

Artis undangan yang dijemput adalah Azlan and The Typewritter. Waduh, first Makcik dengar Adrenalin yang begitu tinggi kadarnya :-p Memang sangat layan. Tak sabar Makcik nak tengok dalam TV ni, jangan muka Makcik hover dalam TV sudah, sure Paduka Bonda nun di kampung halaman terchenta naik hot karang :P

Lepas tu, artis undangan yang juga menang Juara Lagu Adibah Noor keluar. Sungguh, Makcik suka suara dia, uhhh.. merdu. Pastu, bajunya yang lip lap lip lap shomell sangat. Vokal Adibah Noor ridak perlu dipertikaikan, malah sewaktu nyanyian Terlalu Istimewa, saya perasan lagu ini diturunkan sedikit. Mungkin sebab nak masuk dengan suara BB. Huh, lagu karaoke Makcik ini sangat mantap. Sayangnya Makcik malas nak upload video kat sini.

Artis undangan seterusnya mestilan Sifu M. Nasir. Okeh, masa ni Pakcik dah gumbira tahap dinosour dah. Lagu mula-mula tu, Sang Pecinta dia dok terhengguk-hengguk nyanyi lepas tu lagu duet dengan BB Kias Fansuri tu pun dia lagilah naik hantu. Makcik tahu cuma part Aumm, Auwmm je :)

kipas susah mati M.Nasir


Lepas tu, banyaklah lagu-lagu yang BB nyanyi. Semua lagu yang buat Makcik terbang ke langit biru. Dalam banyak-banyak lagu tu, lagu Superhero yang terbaik, siap ada mic terbang you! LOL.

Ini Pakcik capture masa yang dah jadi :)


Ini plak video yang mic terbang :)

Bila dah nama show raya, mestilah ada gambar pakai baju raya, kan?

BB dan artis undangannya :)

Jumpa lelaki ini pada 2 Syawal jam 6.00 petang di TV3

4 comments:

  1. kedengaran beberapa suara yang agak familiar..
    tengk dpn tv bagi yang boleh dan kawasan yang sewaktu dengannya.. =P

    ReplyDelete
  2. heheheh...nice 1 put!
    xsabar nak tgk 2 syawal nanti...kegirangan semesta melihat superhero mereka!! yaayy!!

    ReplyDelete
  3. time fenomena FT tue FT ader nyanyi lagu inggeris kan.. ader sape2 tak yang boleh bagitau aper tajuk nyer lagu tue..

    ReplyDelete

keep FAiTH always alive!