Monday, October 4, 2010

Isnin tak best..

Makcik ada 4 sebab kenapa hari Isnin 4 Oktober 2010 jadi tak best...

(1) Encik Bubu tak sihat since hari Rabu lepas dan berlarutan ke weekend. Bimbang pun ada bila my other half sakit ni, sendiri pun rasa sakitnya. Dah 2 kali pegi klinik dan 2 kali juga doktor kata semuanya OK. Maybe kena bawa Encik Bubu pegi check kat spital plak, check btol-btol. Kesian sangat tengok dia lemau macam tu.


(2) Anak dara makcik yang sorang tu memang suka mencabar kesabaran makcik bila tengah-tengah malam. Setiap malam, dia akan terjaga di sepertiga malam macam suh jadi reminder kat makcik buat solat tahajud. Bezanya, dia menangis tak ingin dunia. Meraung. Melalak. Bila kasi susu, tanak. Check diapers, kering. Sah saja-saja dia nak crancky dengan makcik. Lama-lama naik geram jugak. Bila dia dah penat nangis, baru dia tido dan dia akan bangun lagi selepas 30 minit. Kenkorang yang masih belum jadi ibu tu, silalah hargai tidur malam yang sempurna. Bila ada anak kecik, takde istilah tak bangun malam dah.


(3) Makcik sedih sebab takleh join open house kat rumah Ayu/Syarul smalam. Bukan makcik nak pegi sangat tu sebab nak serbu makan minum dia, tapi makcik nak pegi sangat sebab makcik dah ghindu sesangat kat anak-anak makcik yang lain. Makcik tak pegi sebab Makcik tak sanggup nak tinggalkan Encik Bubu sensorang kat rumah. Tempat isteri disisi suami, tambah plak suami tu tengah sakit-sakit. Kan? Sorry Ayu/Syarul.


(4) Makcik terima gambar ini di awal pagi di berry makcik. Makcik harap semuanya OK.

1 comment:

  1. salam ziarah dr UK..
    saya bw..

    harap2 semuanya ok dan sejahtera hendaknya yer.
    p/s: saya setuju yg no.2 tu sebab anak saya pun mcm tu jugak :)

    ReplyDelete

keep FAiTH always alive!