Friday, October 8, 2010

You Again?

Zaman-zaman dulu, makcik ada kawan dengan sorang ni yang makcik panggil dia R. Dia ni makcik kenal masa makcik umur 11 tahun lagi, dan makcik rasa dia ni macam BFF makcik la. Semua benda sejak dari kecik makcik share dengan dia tak kira la benda tu indah ke, mengarut ke, melalut ke. Semua sekalilah. Namanya pun best friendkan? Makcik rasa, makcik seronok berkawan dengan dia masa tu. Rasa macam semuanya sama, share itu ini pun sama.


Bila pegi ke sekolah menengah, makcik masih sama dengan dia. Adalah masa tu makcik cintan cintun, pun dialah orang yang makcik curahkan segala bagai rasa happy, sedih dan emo lebih-lebih tu. Dia pun sama. Banyak keje gila-gila dia ajak makcik buat dan makcik buat sebab kami memang having fun. Bila dah semua meningkat usia, masing-masing dah ada otak nak fikir baik dan buruk. Lepas PMR dan seterusnya SPM masih kami sama-sama berkawan.

Sampailah tragedi yang makcik sangat-sangat tak sangka. Masa makcik belajar tu, adalah satu masa makcik ada krisis dengan sedara makcik. Makcik sangkakan makcik bolehlah tinggal kat rumah dia sebarang satu malam atau dua, bila makcik pegi sana, makcik ceritalah kat dia kenapa makcik kemari. Adalah krisis sebab masa tu makcik menumpang rumah sedarakan, dan sedara tu plak kedekut semacam je. Semua makcik buat salah, semua makcik buat tak kena. So makcik pun confront dengan dia dan makcik blah la.

Makcik masa tu tak berani bagitau keluarga makcik dah bergaduh dengan sedara makcik tu sebab sah-sah makcik kena marah balik dan dipaksa minta maaf dengan diaorang. So, apa yang makcik buat adalah, makcik pun menumpang la kat rumah si R. Makcik cerita semua dari kejadian tu dari A sampai Z. Apa yang makcik tak sangkakan, si R yang masa tu makcik dah kenal 10 tahun tu, boleh plak reka-reka cerita.

Kawan makcik si R

Dia call mak makcik kat kampung dan cakap yang makcik gaduh itu ini. Makcik rasa, tak sampai tahap gaduh dengan sedara makcik tu, makcik cuma menjawab mulut! Tapi cerita yang dia cakap, memang over sangat. Mak makcik call tapi dia tak marah, sebab dia tahu macam mana sedara makcik tu dan dia nasihatkan makcik keluar pegi rumah kakak makcik. Mak makcik jugak pesan, tak payahlah berkawan dengan si R tu.

Makcik sangat marah, sangat sedih, sangat kecik ati dengan R tu sebab :

semua yang makcik cerita kat dia selama ni, rupanya dia mengumpat dibelakang makcik. makcik aje yang bodoh dan dungu tak pandai nak pilih kawan.

mak makcik kata, dia tak sangka si R bercerita itu ini, sebab dia kenal si R sejak dari kecil lagi dan si R bercakap "sue ni dok sini menyusahkan aje, nak suh keluar dia macam-macam tak faham" dah nama ko ni BFF aku masa tu, boleh tak ko cakap je sepatah. ini haghamm tak cakap!

banyak duit makcik yang dia pinjam dan dia tak pernah bayar. makcik faham dia dari broken family, tak cukup duit nak hidup tapi makcik rasa dia macam shial bila dia minta mak makcik bayar dia sebab kasi tumpangkan makcik di rumah dia. WTF! Selama dia berkawan dengan makcik, makcik tak berkira langsung dengan dia. Dia takde duit nak makan, makcik belikan aje makanan untuk dia dan ini yang dia balas kat makcik?

Apapun, itu cerita zaman makcik masih muda remaja dan kuat joli menjoli. Makcik sendiri, selepas kejadian tu, dah tak ada dalam kamus makcik kawan nama R tu. Tak apalah makcik kurang kawan sorang. Kepercayaan yang makcik dah bagi pada dia dulu dah dia lenyapkan. Kepercayaan tidak boleh dibeli atau dipaksa. Kepercayaan datang dari hati. Kalau makcik perangai teruk, makcik yakin makcik tak akan ada ramai kawan. Makcik tahu makcik tak salah, dan membuang dia dari kamus diri makcik adalah yang terbaik.

Sampai ke hari ini, makcik tak maafkan dia walau dia ada SMS/email makcik mengadu itu dan ini. Ada aku kisah dengan ko? Bila kawan-kawan makcik cerita cakap, mak bapak dia meninggal pun, makcik takde feeling sedih-sedih. Makcik cuma sedekahkan alfatihah saja. I'm done with her. There is no turning back. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, makcik dah remove friend sampai bila-bila walaupun sampai sekarang dia punya frien request masih ada di FB makcik.

Korang nak tahu kenapa makcik sanggup share cerita yang sangat ugly ini? Sebab makcik nak menang Exclusive Screening movie ni..

.
.
.
.
.


poster

.
.
.
.
.

Kalau korang nak menang jugak, silalah join kat sini. Makcik rasa lega bila dapat tulis pasal si R ni kat sini walau masa menulis ni pun makcik gegar-gegar rasa nak marah. Terapi penulisan ok? ;)

2 comments:

  1. hehe..terapi penulisan tu..
    cayalah makcik..tak rugi pun kan hilang kawan yang macam tu.
    hurmm...nway..gud luck yer makcik =)

    ReplyDelete

keep FAiTH always alive!