
Tiba-tiba rasa macam bangga je bila baca artikel kat ini. Wish someday my Megat Jr. will be like him :-) Tak sabar menanti Ahad.

Ayuh ramai-ramai memeriahkan konsert terakhir bersama Arthur Kam sebelum dia berangkat ke US. Hujung minggu ini adalah minggu yang sekian lama kami nantikan. Tak sabar rasanya untuk berjimba ramba pada 1 Ogos 2010 dan sehari sebelum itu... huhuhuhu, selepas kejadian, saya akan update kat sini x)
Selamba badak je semua orang snap gambar. Tak kanlah eden nak dok diam. Ampun boss, maka tersnap jugaklah. Semalam RC anjur BBQ untuk 25 orang yang sempat nak join. Saya sepatutnya datang bersama Encik Bubu tetapi akhirnya datang sendirian. Malas nak bercerita panjang. Acaranya sangat sempoi dan santai. Sempat jumpa Mak Belalang dan adik-beradik boss. Petang sket, boss dan keluarga pula yang datang. Oh, hariku indah.
Arthur - Drums
KakPut pun samalah, nama Doc. Riff pun masuk dalam doaku, agar diterangkan hati, dipermudahkan segalanya.
Sepatutnya gambar ini tidak ditandatangani oleh Faizal. Masa yang suntuk diberikan untuk kami membantutkan segalanya. Hanya 1 CD saya ditandatangani olehnya. Seterusnya, PA Faizal tergesa-gesa minta dia beredar. Sungguh saya hampa apabila Faizal berkata 'Sorry, I dah kena naik stage' sambil merapatkan kedua-dua tangannya meminta maaf. Saya hampa. Saya pandang ke dalam matanya dan berkata 'Please Faizal, this is for my son' sambil menarik gambar Idris. Terpandang sepintas wajah Idris, dia menarik gambar dan marker pen dari tangan saya. Faizal kembali duduk dan menandatangani gambar ini, semata-mata untuk Idris. Terima kasih Faizal kerana tidak menghampakan. Ini adalah autograf kedua darinya untuk Idris. Dipertemuan kali ini juga, saya titipkan sesuatu untuk Faizal, sesuatu yang berharga untuk Idris saya kira. Usah ditanya apa yang diutuskan kerana saya tidak mahu ianya dikongsi disini. Ianya agak personal.