Saturday, July 3, 2010

Faizal Tahir, terima kasih di atas kejutan!

Suka gambar ini, bertopi itu adalah Faizal Tahir yang sedang diiring dari karpet merah

Umum sudah tahu, Faizal Tahir tidak memenangi sebarang anugerah di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009. Umum juga tahu, Faizal Tahir tidak menang bukanlah kerana dia tidak bagus. Anugerah Bintang Popular bukanlah mengukur sejauh mana keupayaan dan kehebatan artis, tetapi sejauh mana kesetiaan para peminatnya. Sebagai salah seorang 'kipas susah mati' saya secara peribadi telah melakukan yang terbaik. Mungkin belum rezeki untuk dia merangkul anugerah ini.

Walau apapun, Faizal Tahir masih tidak menghampakan kami. Persembahan pembukaan yang mantap sungguh menghiburkan dan bertenaga. Kami di barisan Rockensteiners sama-sama naik shaikh malam semalam. Memang bergegar Arena of Stars. Di penghujung acara, Faizal memang tidak menghampakan kami dengan 'menyerbu' ke arah peminatnya. Adengan memanjat kerusi dalam masa 3 saat sahaja betul-betul buat kami tergamam. Tak disangka, kami yang menjerit memanggilnya datang kepada kami, dan dia benar-benar datang!

"Thank you guys for coming, thank you guys for the support. I love you all!" itulah ayat pertama yang Faizal tuturkan didepan kami dan kami terpaku kaku. Tiada artis lain yang datang menyerbu peminat, hanya Faizal Tahir.

Kaku aku melihatmu, sedangkan ku tahu kamu adalah semesta kami :)

Untuk Faizal Tahir
Pada RCs, ada anugerah atau tidak, itu tidak penting kerana kami tahu, siapa yang terbaik. Teruskan berkarya dan berjasa kepada industri tanah air. We have FAITH in you. Keep on rocking!

No comments:

Post a Comment

keep FAiTH always alive!