Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 Real

It changes everything. Again!

Ini plan yang ditawarkan oleh DiGi. Kalau korang baca dan baca ni, makcik tak sure korang boleh digest tak dengan sebetul-betulnya :P sekali imbas, pandang macam tu, macam weng je.. oleh itu, makcik dah buat sedikit revision mengenai package yang ada dan memudahkan cara korang nak pilih plan.

Memulanya, makcik nak tanya, korang nak guna smartphone macam iPhone 4 ni untuk apa?

Kalau tanya kat makcik, nak guna untuk call, tapi takde la heavy user sangat, nak pakai SMS jugak, kadang-kadang adalah nak MMS, nak share-share gambar dengan kengkawan tapi tak la banyak sangat, tapi yang pentingnya internet memang banyak nak guna sebab makcik memang facebook-keepers, tweeter addicted, foursquare dan jugak update blog la! So, setelah tenung punya tenung, kaji punya kaji dengan nak senangkan poket membayar bil dan berbelanja secara berhemah, makcik sesuai sangat pakai pakej ini..


iDiGi = RM88

Bagi makcik, zaman nak bergayut-gayut lelama di telefon dengan encik boifren dah berakhir sebab encik boifren dah up-grade status jadi encik bubu merangkap encik suami. iDigi 138 makcik cuma perlu bayar RM88 sebulan sahaja untuk call, SMS/MMS dan internet usage. Tempoh berbual selama 450 minit ataupun 7.5 jam/sebulan dah memadai bagi makcik yang kejap-kejap nak dengar suara mak makcik kat kampung, kejap-kejap nak call tanya encik bubu nak dinner apa malam ni, tak pun kejap=kejap dok call bibik makcik kat rumah dok tanya pasal anak-anak ok ke tak. SMS pulak sebanyak 400 kali boleh hantar dengan kapasiti 160 spaces/sms dan 40 MMS ke seluruh telco tak kira la apa sekalipun dan untuk update internet FB, Tweeter, foursquare dan blog plak, makcik boleh update bebanyak sehingga 3GB dan kalau terlebih, yang makcik paling sukanya sebab..

DiGi tak caj apa-apa pun!!!!
Itu dinamakan value for money! Yes baby yes!

Okey, ada yang dok tanya, macam mana kalau tetiba, bulan tu terlebih pakai. Buat calls lebih 400 minit, jangan bimbang sebab DiGi tidak akan membebankan penggunanya. Kalau terlebih, 12 sen sahaja ke semua telco begitu juga dengan SMS, 10 sen sahaja ke semua telco dan 20 sen bagi MMS. Kalau dalam kes makcik, sangat-sangat jarang la nak berlaku :)

OK, itu untuk plannya, kalau korang nak dapatkan handphone di atas ni, ada 2 jenis bayarannya.

Cara pertama nak dapatkan iPhone 4 32GB:

Bayar cash/swipe credit card sebanyak RM2490. Ini bayar rega harga phone sahaja. Tetapi dengan bermurah hati, DiGi akan memberikan penjimatan sebanyak RM1080 lagi kepada penggunanya yang mana jumlah ini dibahagikan kepada 24 bulan dan RM45 lagi akan direbet ke akaun kita. Korang faham ke makcik explain? Kalau korang tak paham, yang pentingnya selepas korang beli iPhone ni bayar melalui cash/credit card, monthly commitment korang cuma serendah RM88 sahaja sebulan.

OK, makcik faham. Itu kalau korang ada BANYAK cash dan redha nak swipe credit card korang, ini plak cadangan kedua kalau korang tak ada dua perkara ni.

Cara kedua nak dapatkan iPhone 4 32GB:

DiGi menyediakan beli dengan ansuran with 0% interest. Macam makcik ni kalau makcik pilih makcik kena bayar RM201.40 (pakej DiGi + iPhone4) untuk 2 tahun kontrak ataupun nak ringankan monthly commitment lagi saya cuma perlu bayar RM134.27 (pakej iPhone4 + iPhone) untuk 3 tahun.


Satu lagi cara yang korang boleh try, macam yang makcik tengah buat ni.. apa kata korang join je contest DiGi iPhone ni kat Nuffnang.


1 comment:

keep FAiTH always alive!