Friday, July 30, 2010

Arthur Kam - proud of you!


Tiba-tiba rasa macam bangga je bila baca artikel kat ini. Wish someday my Megat Jr. will be like him :-) Tak sabar menanti Ahad.

Wednesday, July 28, 2010

friends for ARTHUR KAM

Ayuh ramai-ramai memeriahkan konsert terakhir bersama Arthur Kam sebelum dia berangkat ke US. Hujung minggu ini adalah minggu yang sekian lama kami nantikan. Tak sabar rasanya untuk berjimba ramba pada 1 Ogos 2010 dan sehari sebelum itu... huhuhuhu, selepas kejadian, saya akan update kat sini x)

Semesta sisters, are you ready?

Sunday, July 4, 2010

"No pictures, please" Day.

Today is my, "No pictures, please" Day.. Tq. Appreciate it.. :) said Faizal Tahir, but...

Selamba badak je semua orang snap gambar. Tak kanlah eden nak dok diam. Ampun boss, maka tersnap jugaklah. Semalam RC anjur BBQ untuk 25 orang yang sempat nak join. Saya sepatutnya datang bersama Encik Bubu tetapi akhirnya datang sendirian. Malas nak bercerita panjang. Acaranya sangat sempoi dan santai. Sempat jumpa Mak Belalang dan adik-beradik boss. Petang sket, boss dan keluarga pula yang datang. Oh, hariku indah.

Oh, my extended family :-D

Food yang menjadi igauan saya adalah:-

Ayam yang superlicious!

Cuppies!

Kek ini!

Oh, more picture? Sila ke FB saya lah, kat sini.

Saturday, July 3, 2010

Mungkinkah ini yang terakhir?


Hujung minggu lalu, saya kesekian kalinya mencuri masa menyaksikan Adrenalin Showcase di ibu kota. Pada mulanya, Encik Bubu ingin turut serta, namun dia menarik diri di saat akhir kerana mengetahui showcase tersebut bermula jam 11 malam namun dia masih memberi keizinan kepada saya untuk turut pergi bersama-sama dengan Semesta Sisters saya. Sebelum itu kami sama-sama meraikan birthday E-ja di Chili's KLCC. Sewaktu di KLCC saya tidak mengambil sebarang gambar. Alasannya, saya malas untuk mengeluarkan 'senapang' itu.

Birthday girl : Eja
**picture by Efie Azlan.

Memendekkan cerita, saya sangat puas menyaksikan Faizal Tahir live. Kali ini, saya sangat gembira kerana saya pernah membuat permintaan di fanpage minta agar dinyanyikan sekali lagi Bohemian Rhapsody. Kali pertama saya mendengarnya di Konsert Satu Suara.

Saya juga sangat teruja, kerana medley Bohemian Rhapsody dinyanyikan di rangkap ini, rangkap kegemaran saya. Oh, sangat terima kasih FT! *salute*

I see a little silhouetto of a man, Scaramouch, scaramouch will you do the Fandango Thunderbolt and lightning, very very frightening me Gallileo, Gallileo, Gallileo, Gallileo, Gallileo figaro - Magnifico, I'm just a poor boy, nobody loves me He's just a poor boy from a poor family Spare him his life from this monstrosity Easy come, easy go, will you let met go Bismillah! No, we will not let you go - let him go Bismillah! We will not let you go - let him go Bismillah! We will not let you go - let him go Will not let you go - let me go Will not let you go - let me go No, no, no, no, no, no, no Mama mia, mama mia, mama mia let me go Beelzebub has a devil put aside for me, for me for me

Crowd di KL sangat sporting. Sejam setengah seperti tidak puas rasanya. Bertemu dengan Rockeinsteiners yang rata-ratanya satu kepala sangat menyeronokkan.

FT @ Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur
Adrenalin Showcase 30th May 2010

Tambah menarik, FT tidak tampil sendirian. Kini, FT ditemani FT Royale Band. Lebih mantap!

Kelly - Bass

Ritz - Guitars

Genervie - piano/keyboards

Arthur - Drums

Kegembiraan kami sampai ke penghujungnya apabila masing-masing selepas showcase saling berpelukan. Saya benci momen ini, saya tidak suka melihat diri saya dan Semesta Sisters didalam keadaan walang. Ada sebab mengapa kami begitu teruja untuk ke Showcase kali ini, kerana kami mengandaikan ini adalah event kami yang terakhir bersama-sama. Saya sendiri seakan sudah 'bersara' dari aktiviti ini. Banyak yang perlu saya fokuskan, demi Idris, demi keluarga. Malah, saya berterima kasih kepada Encik Bubu kerana telah memberikan lampu hijau kepada saya untuk menjadi segila ini dengan status saya ibu kepada anak dua.

Untuk Semesta Sisters, u olls tetap dan akan sentiasa dihatiku. Tak pernah dalam hati saya terasa dengan bicara dan keletah korang yang berbagai ritma dan nada, malah suara kalian mewarna indah hari-hari mendatang saya. Saya simpan kemas memori kita bersama, siri jelajah Malaysia ke Genting, Gambang, Kota Bharu dan Penang bersama-sama. Sungguh, apabila diimbas kembali kenangan yang kita lakarkan, saya tak mampu untuk menuliskannya kedalam bait patah perkataan betapa indahnya ikatan ini lahir antara kita.

Semesta Sisters with Ahmad Izham Omar

Salute!
Picture by: Abs Afiza Iman


saya rindu!!
picture by: efie azlan

Apabila Faizal Tahir mengiring saya...

Entry pendek kali ini, berkongsi keterujaan bersama. Akhirnya, impian saya yang satu untuk Idris dimakbulkan Allah. Akhirnya, hadiah hari jadi untuk anak teruna saya (walaupun belated) tertunai. Akhirnya, saya tak mampu berkata-kata lagi. Akhirnya, hati saya dipenuhi dengan rasa terharu yang melimpah ruah. Maafkan saya kerana saya tidak mampu berkongsi 'hadiah' istimewa itu bersama disini, sekadar teman rapat sahaja yang mampu. Jika ada yang berkeinginan untuk berkongsi, mohon minta secara peribadi dengan saya.

Ini cumalah sebahagian sahaja dari keterujaan saya. Selebihnya, saya simpan didalam hati, untuk saya kenang sampai bila-bila, untuk saya ceritakan kepada Idris. 5-6 kali Idris 'melihat' dan 'menganalisis' suara itu, akhirnya Idris kenal dan tersenyum kegembiraan, seperti juga dia mendengar Malaysia Satu.

Terima kasih, Superman! *salute*

p/s: 'semesta saya' akan sentiasa dibelakang anda. terima kasih, may god bless!

Apabila Faizal Tahir Membalas Komen..


Dua hari lepas, saya berkesempatan berbalas komen dengan FT. Tiada isu yang besar sangat pun, cuma saya kelucuan apabila FT turut menyapa salah seorang junior saya.


Terus Zue pingsan. Siap buat entry lagi, nak baca blog dia, klik sini. Untuk Doc Riff, FT dah doa untukmu, insya Allah semuanya senang je nak jawab soalan exam.

KakPut pun samalah, nama Doc. Riff pun masuk dalam doaku, agar diterangkan hati, dipermudahkan segalanya.

*good luck*


Faizal Tahir, terima kasih di atas kejutan!

Suka gambar ini, bertopi itu adalah Faizal Tahir yang sedang diiring dari karpet merah

Umum sudah tahu, Faizal Tahir tidak memenangi sebarang anugerah di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009. Umum juga tahu, Faizal Tahir tidak menang bukanlah kerana dia tidak bagus. Anugerah Bintang Popular bukanlah mengukur sejauh mana keupayaan dan kehebatan artis, tetapi sejauh mana kesetiaan para peminatnya. Sebagai salah seorang 'kipas susah mati' saya secara peribadi telah melakukan yang terbaik. Mungkin belum rezeki untuk dia merangkul anugerah ini.

Walau apapun, Faizal Tahir masih tidak menghampakan kami. Persembahan pembukaan yang mantap sungguh menghiburkan dan bertenaga. Kami di barisan Rockensteiners sama-sama naik shaikh malam semalam. Memang bergegar Arena of Stars. Di penghujung acara, Faizal memang tidak menghampakan kami dengan 'menyerbu' ke arah peminatnya. Adengan memanjat kerusi dalam masa 3 saat sahaja betul-betul buat kami tergamam. Tak disangka, kami yang menjerit memanggilnya datang kepada kami, dan dia benar-benar datang!

"Thank you guys for coming, thank you guys for the support. I love you all!" itulah ayat pertama yang Faizal tuturkan didepan kami dan kami terpaku kaku. Tiada artis lain yang datang menyerbu peminat, hanya Faizal Tahir.

Kaku aku melihatmu, sedangkan ku tahu kamu adalah semesta kami :)

Untuk Faizal Tahir
Pada RCs, ada anugerah atau tidak, itu tidak penting kerana kami tahu, siapa yang terbaik. Teruskan berkarya dan berjasa kepada industri tanah air. We have FAITH in you. Keep on rocking!

Hadiah Kedua Untuk Idris dari Faizal Tahir

Saya hadir ke Majlis Pelancaran Hi-Speed Broadband oleh TM dua hari lalu di Dataran Merdeka. Saya hadir kerana dimaklumkan sebagai pemenang untuk acara 'Meet and Greet' Faizal Tahir. Menarik bukan? Jadi saya kesana dengan beberapa orang RCs. Sungguh pun walau kali pertama saya bertemu dengan beberapa orang dari mereka, mereka sungguh ramah tamah. Lama penantian saya kali ini untuk bertemu Faizal dan peluang yang terbuka ini memberikan saya ruang dan peluang untuk berborak dan saling mengenali antara satu sama lain.

Eta dan Liza adalah GPS saya untuk sesi kali ini. Sungguh senang arah pemanduan saya dari Putrajaya ke Dataran Merdeka dengan adanya mereka. Ini merupakan kali pertama kami bertemu dan kerana persamaan kami pada benda yang sama, keserasian sungguh senang kami temui.

Sepatutnya gambar ini tidak ditandatangani oleh Faizal. Masa yang suntuk diberikan untuk kami membantutkan segalanya. Hanya 1 CD saya ditandatangani olehnya. Seterusnya, PA Faizal tergesa-gesa minta dia beredar. Sungguh saya hampa apabila Faizal berkata 'Sorry, I dah kena naik stage' sambil merapatkan kedua-dua tangannya meminta maaf. Saya hampa. Saya pandang ke dalam matanya dan berkata 'Please Faizal, this is for my son' sambil menarik gambar Idris. Terpandang sepintas wajah Idris, dia menarik gambar dan marker pen dari tangan saya. Faizal kembali duduk dan menandatangani gambar ini, semata-mata untuk Idris. Terima kasih Faizal kerana tidak menghampakan. Ini adalah autograf kedua darinya untuk Idris. Dipertemuan kali ini juga, saya titipkan sesuatu untuk Faizal, sesuatu yang berharga untuk Idris saya kira. Usah ditanya apa yang diutuskan kerana saya tidak mahu ianya dikongsi disini. Ianya agak personal.

Titipan Idris buat Faizal

|through the pain| all my fears| all the tears|you were the one there|had my loss|had my gains|had it all|you made me stand tall|like a rock we are|you are the hope|i am the FAITH| |we’ll be forever|through all the sun and rain that comes|

I thank you~for inspiring Idris this far!

Faizal Tahir

Pukul 8 malam semalam, 2-3 orang geng-geng RC SMS tahniah sebab dapat jumpa Faizal Tahir. Saya kehairanan, what kind of joke is this? Tapi dalam hati sudah guling-guling rasa suka *kalau betullah*. Lalu, pada Encik Bukumuka, saya log-in. Dan, inilah rupanya..

*Tengok no. 8*


Ya Allah, apa lagi, terlompat-lompatlah saya. Gembiranya, dan lebih gembira bila Encik Bubu kasi green light. Ish, saya suka, sampai ke saat entry ni ditulis masih thrill!

Jika bulan lepas sewaktu bertemu FT, saya minta dia sign ini untuk Idris..


Kali ini, apa yer?