Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 Real

It changes everything. Again!

Ini plan yang ditawarkan oleh DiGi. Kalau korang baca dan baca ni, makcik tak sure korang boleh digest tak dengan sebetul-betulnya :P sekali imbas, pandang macam tu, macam weng je.. oleh itu, makcik dah buat sedikit revision mengenai package yang ada dan memudahkan cara korang nak pilih plan.

Memulanya, makcik nak tanya, korang nak guna smartphone macam iPhone 4 ni untuk apa?

Kalau tanya kat makcik, nak guna untuk call, tapi takde la heavy user sangat, nak pakai SMS jugak, kadang-kadang adalah nak MMS, nak share-share gambar dengan kengkawan tapi tak la banyak sangat, tapi yang pentingnya internet memang banyak nak guna sebab makcik memang facebook-keepers, tweeter addicted, foursquare dan jugak update blog la! So, setelah tenung punya tenung, kaji punya kaji dengan nak senangkan poket membayar bil dan berbelanja secara berhemah, makcik sesuai sangat pakai pakej ini..


iDiGi = RM88

Bagi makcik, zaman nak bergayut-gayut lelama di telefon dengan encik boifren dah berakhir sebab encik boifren dah up-grade status jadi encik bubu merangkap encik suami. iDigi 138 makcik cuma perlu bayar RM88 sebulan sahaja untuk call, SMS/MMS dan internet usage. Tempoh berbual selama 450 minit ataupun 7.5 jam/sebulan dah memadai bagi makcik yang kejap-kejap nak dengar suara mak makcik kat kampung, kejap-kejap nak call tanya encik bubu nak dinner apa malam ni, tak pun kejap=kejap dok call bibik makcik kat rumah dok tanya pasal anak-anak ok ke tak. SMS pulak sebanyak 400 kali boleh hantar dengan kapasiti 160 spaces/sms dan 40 MMS ke seluruh telco tak kira la apa sekalipun dan untuk update internet FB, Tweeter, foursquare dan blog plak, makcik boleh update bebanyak sehingga 3GB dan kalau terlebih, yang makcik paling sukanya sebab..

DiGi tak caj apa-apa pun!!!!
Itu dinamakan value for money! Yes baby yes!

Okey, ada yang dok tanya, macam mana kalau tetiba, bulan tu terlebih pakai. Buat calls lebih 400 minit, jangan bimbang sebab DiGi tidak akan membebankan penggunanya. Kalau terlebih, 12 sen sahaja ke semua telco begitu juga dengan SMS, 10 sen sahaja ke semua telco dan 20 sen bagi MMS. Kalau dalam kes makcik, sangat-sangat jarang la nak berlaku :)

OK, itu untuk plannya, kalau korang nak dapatkan handphone di atas ni, ada 2 jenis bayarannya.

Cara pertama nak dapatkan iPhone 4 32GB:

Bayar cash/swipe credit card sebanyak RM2490. Ini bayar rega harga phone sahaja. Tetapi dengan bermurah hati, DiGi akan memberikan penjimatan sebanyak RM1080 lagi kepada penggunanya yang mana jumlah ini dibahagikan kepada 24 bulan dan RM45 lagi akan direbet ke akaun kita. Korang faham ke makcik explain? Kalau korang tak paham, yang pentingnya selepas korang beli iPhone ni bayar melalui cash/credit card, monthly commitment korang cuma serendah RM88 sahaja sebulan.

OK, makcik faham. Itu kalau korang ada BANYAK cash dan redha nak swipe credit card korang, ini plak cadangan kedua kalau korang tak ada dua perkara ni.

Cara kedua nak dapatkan iPhone 4 32GB:

DiGi menyediakan beli dengan ansuran with 0% interest. Macam makcik ni kalau makcik pilih makcik kena bayar RM201.40 (pakej DiGi + iPhone4) untuk 2 tahun kontrak ataupun nak ringankan monthly commitment lagi saya cuma perlu bayar RM134.27 (pakej iPhone4 + iPhone) untuk 3 tahun.


Satu lagi cara yang korang boleh try, macam yang makcik tengah buat ni.. apa kata korang join je contest DiGi iPhone ni kat Nuffnang.


Wednesday, September 29, 2010

DiGi iPhone 4 Play

Wuhuuu, another entry about iPhone. Hari ni, makcik nak vasss vasss pasal DiGi iPhone 4 Play plak. Sumpah sebenarnya makcik ni tak berapa familiar dengan epal punya applications, almaklumlah sebab makcik pakai berryhitam. Oleh itu, dengan penuh kegigihan, makcik pun study la semalam. Kali ni makcik study pasal game pulak. Satu persatu makcik gedek dan gedek.

Memang sangat cooooooooooooool !

Paling makcik suka adalah benda yang boleh membantu makcik dalam menguruskan Idris and Phia tu. Siap ada Apps For Moms and Dads :P Salah satu yang boleh detect bila si anak yang agak 'rajin berkemas' di rumah dan buat keje sendiri apabila bangkit dari tidur adalah ini...

B A B Y P H O N E

Coolnye apps ni sebab apabila bebudak ni bangun, apps ni akan trigger untuk call mana-mana no. yang kita dah setkan. Gambar kat screen pun berubah taw.

Kalau macam ni, tengah zzzz :)

ini pula bila dah bangkit!

Stand-by Mama, anak dah bangun. Muahahahhaha.

Ini pulak, satu lagi apps yang boleh menyenangkan makcik jadi mama kat anak-anak especially Phia sebab apps ini untuk 'melarakan' dia.
B U M B L E B E E - T O U C H B O O K

Apps ni ada visual yang sangat attractive dengan warna, bunyinya dan apabila kita sentuh, dia akan bercakap dengan apa sahaja. Makcik terbayangkan, sure si Phia akan leka dan masa nilah makcik boleh buat kerja sendri :P Tambah pula, apps ni membantu untuk menambahkan vocabs budak, cara sebutan yang betul dan belajar dalam masa yang sama.

Grafik yang sangat comel!

iPhone 4 Play ni yang semestinya makcik suka ni ha, dua benda lagi yang mengisi masa-masa tak berbuek apo-apo iaitu Apps for Fun and Games la kan. Wuhuuuu, paling best ni ha..

S C A R A B B L E


Kalau dulu main Scrabble pakai susun huruf kat board je, then kena kira markah sendiri tapi sekarang tidak lagi. Masa dulu, part nak check dalam kamus la paling bosan. Ada salah eja then kira markah plak. Sekarang ni, tekan je dan wallah! Semua ready and perkataan pun hebat-hebat yang ada.

Main online sambil chatting or multi-player sambil pakai wifi! Dapat aje iPhone ni, babai la PSP itu :) Banyak lagi yang seronok. Antaranya ini juga, permainan zaman dahulu kala yang makcik berebut nak main dengan kakak-kakak.

T E T R I S



DiGi iPhone 4 Play is totally awesomeeeeeeee!!!




Tuesday, September 28, 2010

DiGi iPhone 4 me

Oh yes! Sangat indah tajuk entry ni.. sure la kalau kawan-kawan baca ingatkan DiGi secara bermurah hatinya telah menghadiahkan smartphone yang sangat gelemer di saat ini kepada makcik. Sabar yer.. belum lagi, kejap lagi makcik dapat la :P

iPhone4, sangatlah manthapppp!

Masih terdengar-dengar cerita si Abs yang beratur selama 30 minit Q nak dapatkan smartphone ini. 30 minit tu pun selepas dia dah booking beberapa minggu lebih awal. Ya Ampun, susahnya nak dapat device ni dan sekarang telefon yang dinanti-nanti ini telah berada di 45 outlet diseluruh negara bermula pada 24 September hari tu.

Makcik supporttt DiGi sebab DiGi..

Wuhuuuu! Serendah RM58 sebulan. Come on lah, semua orang mampu nak gunakan telefon canggih ini. Value for money okeh. Yieha! Bukan itu sahaja, ada lagi yang lebih menyeronokkan. 5 sebab ini membuatkan saya memang tertarik gila kat phone ni yang saya akui tidak ada pada mana-mana telefon lain (even telefon yang saya sedang pakai sekarang)


5 perkara di atas nilah yang buat makcik cakap 'oh yes, baby' :P FaceTime, Retina Display, Multitasking, HD Video Recording dan 5 MP camera! Hohohoho~*


Tengok cirinya saja dah buat makcik caiiirrrr...!!

Sumpah iPhone ini memang untuk makcik. iPhone ni btol-btol dibuat untuk orang zaman sekarang yang semuanya nak dunia berada dihujung jari saje dan mendekatkan perhubungan sesama manusia dengan lebih 'hidup' bukan sekadar dengan mendengar suara dan melihat gambar saja.

Nak tahu kenapa makcik cakap macam tu?

FaceTime teknologilah jawabnya. Korang nak tahu apa itu FaceTime teknologi? Tungguuuuu hingga makcik cerita dalam episod seterusnya yer. Makcik sure, korang tak nyesalnye tunggu sebab telefon ni memang berbaloi-baloi untuk dimiliki.


I want DiGi iPhone!!!!!!!!!
DiGi iPhone 4 me!!!!

Monday, September 6, 2010

Ahh 23rd Birthday :)

Iftar dengan Semesta Sisters buat kali kedua tanpa perancangan. Pada mulanya, Ariffa sengaja bertweet kesedihan untuk berbuka puasa sendirian. Saya pernah melalui situasi itu dan sangattt la sedih, dan memahami akan kesunyian berbuka puasa seorang diri, sebelum saya bersetuju saya bertanya pada Bubu. Sang suami yang tidak banyak songeh memberi keizinan setelah saya memancingnya untuk menyediakan Nasi Ayam untuk juadah berbuka. Hanya didalam tweeter kami berbincang dan akhirnya Ahh, Ariffa, Asmak dan Abs muncul dirumah saya :)

Abs dan Asmak

Saya agak kelam kabut sebenarnya kerana bahan-bahan yang sedia ada dirumah tidak lengkap. Maka saya berkejaran ke Alamanda sebentar mencari apa yang perlu dan saya bersilat didapur selepas Asar. Abs dan Asmak tiba jam 6 petang bersama dengan sebiji kek hari jadi untuk Ahh. Oh, sangat meaningfull rasanya. Ikatan kakak dan adik antara kami terjalin sebegini kukuh dan berbuka puasa itu saya rasa puas hati dengan hidangan yang dihidangkan.

Happy Birthday, Ahh :)

Birthday girl tengah manja-manja potong kek :)

Dan ini, pose istimewa dari Ariffa, Abs dan Asmak sedang membuli birthday girl yang kegembiraan sebab Big Boss wish dia birthday kat tweeter :)

Gambar ini diambil bagi tujuan fotografi sahaja :)

Iftar bersama SS ;)

copied from my.little.secret


Tarikh: 20/08/2010 bersamaan 10 Ramadhan

Tempat: Belanga Cafe, Empire Shopping Complex, Subang


Seribu kali sayang, iftar bersama SS hanya dihadir oleh beberapa orang sahaja. Tidak lengkap dan masih kerinduan ;) Cuma Abs, Kak Eja, Efie dan Riff sahaja yang muncul. Ahh yang waktu itu dalam kesakitan dan Asmak pula menjaga the other half yang tidak sihat.

Saya seperti biasa tampil dengan Encik Bubu, Megat dan Puteri Jr. serta tidak dilupakan si Bibik. Berbuka puasa bersama anak-anak memang tidak memberi peluang kepada saya untuk memegang DSLR. Hasilnya, tiada satu pun gambar yang di ambil. Oleh kerana tiada gambar, maka saya tampalkan gambar ini. Gambar yang bercerita, memberitahu saya merindui setiap satu mereka didalam gambar ini.

Selepas beriftar, saya menghantar 'handbags' pulang ke rumah dan saya menemani Alfadhil Ustaz Bubu bertaranum secara berjamaah dengan Kak Eja dan Abs. Complete dengan bersahur. Baikkan kami bertaranum. Ini sekeping gambar kami bertaranum.

Bwahahahha :D